Murid Tahun Empat meninggal dunia: Kes diklasifikasi bawah Seksyen 507C

Iklan
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Kes kematian seorang murid lelaki Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Senawang diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan sementara menunggu hasil bedah siasat dijalankan pada Khamis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas lelaki sekolah sebelum dibawa ke pusat perubatan oleh guru disiplin.

Iklan
Iklan

"Pihak polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 1.19 petang, Rabu semasa mangsa menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

"Doktor yang merawat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Susulan maklumat itu, pasukan polis segera ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya telah memulakan siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan bagi membolehkan proses siasatan dijalankan secara menyeluruh.

"Prosedur bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," katanya.

Iklan

Alzafny turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian yang boleh mengganggu proses siasatan.

Pada Rabu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan maklumat tular mengenai insiden seorang murid ditemukan tidak sedarkan diri di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagaimanapun memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan bagi menjaga emosi keluarga, selain menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan penuh.