SPSH 2025 lonjak agenda pembelajaran sepanjang hayat, perkukuh TVET global

Iklan

Pembelajaran sepanjang hayat bukan sekadar konsep akademik, sebaliknya strategi praktikal untuk memastikan daya tahan, kemajuan dan kerjasama global.

Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts Abdul Razak Sabtu berkata, Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat – Lifelong Learning Conference (SPSH 2025) bukan penamat, sebaliknya titik mula kepada kolaborasi baharu.

Iklan
Iklan

“Ia juga menjadi platform perkongsian mendalam serta usaha berterusan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai misi bersama dalam memacu masa depan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang inklusif dan inovatif.

“SPSH 2025 melambangkan kesungguhan JPPKK menyahut seruan kerajaan untuk mengangkat agenda pembelajaran sepanjang hayat sebagai asas transformasi TVET global,” katanya ketika menutup persidangan berkenaan pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, usaha itu penting bagi melahirkan generasi bukan sahaja berkemahiran teknikal, tetapi turut berdaya tahan, kreatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Terdahulu, SPSH 2025 terus memperkukuh peranannya sebagai wadah antarabangsa dalam memperkasa agenda pembelajaran sepanjang hayat serta transformasi TVET global.

Iklan

Program anjuran JPPKK dengan kerjasama Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) dan Universitas Multimedia Nusantara, Indonesia itu kini memasuki edisi kesembilan.

Mengangkat tema Lifelong Learning as the Foundation for Global TVET Transformation, persidangan itu menghimpunkan pakar akademik, penyelidik, pendidik, wakil industri serta pengamal TVET dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan United Kingdom.

Persidangan berkenaan memberi tumpuan kepada pelbagai bidang seperti komunikasi, pembangunan kemahiran, Industri 4.0, teknologi pintar, STEM, teknologi hijau, inovasi industri, keusahawanan, ekonomi digital, pengurusan organisasi dan kesejahteraan kesihatan.

SPSH 2025 turut tampil dengan pendekatan holistik melalui pembentangan kertas kerja, ucaptama pakar antarabangsa, bengkel, kursus pendek serta perkongsian amalan terbaik.

Platform itu bukan sahaja menggalakkan pertukaran idea dan pengetahuan, malah membuka ruang kerjasama strategik rentas sempadan dalam memperkukuh peranan TVET sebagai pemacu pembangunan modal insan masa depan.