Pelajar perlu celik kerjaya sejak sekolah rendah

Iklan
Suasana sekitar 'Program Career Roadmap' sempena Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2025 yang mendapat kerjasama daripada TalentCorp Malaysia.

Pendedahan awal mengenai hala tuju kerjaya perlu diberikan kepada pelajar seawal sekolah rendah supaya mereka lebih bersedia menghadapi cabaran pasaran kerja masa depan.

Ketua Sektor Awam, LinkedIn Talent Solution, Nur Mastura Mansor berkata, program seperti Career Roadmap anjuran TalentCorp Malaysia mampu mencetuskan kesedaran dan mengasah pemikiran pelajar untuk merancang masa depan, bukan hanya menumpukan kepada pencapaian akademik.

Iklan
Iklan

“Sekarang pasaran kerja lebih luas dengan kemunculan bidang baharu seperti penganalisis data, jurutera perisian dan kemahiran berkaitan kecerdasan buatan (AI).

"Pelajar perlu tahu hala tuju kerjaya ini, berbanding era 90-an yang hanya tertumpu kepada kerjaya tipikal seperti doktor, guru atau peguam,” katanya ketika ditemui pada Program Career Roadmap sempena Festival TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2025 di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Iklan

Menurut beliau, inisiatif TalentCorp seperti MyNext dan MyMahir menyediakan maklumat mengenai kerjaya yang sedang menjadi trend serta kemahiran diperlukan agar pelajar lebih jelas dengan keperluan industri.

Katanya lagi, maklumat itu bukan sahaja bermanfaat untuk pelajar tetapi juga guru, supaya semua pihak memahami perubahan landskap pekerjaan semasa dan masa depan.

Iklan

“Jika tiada perancangan jangka panjang, pelajar mungkin hanya memilih pekerjaan bersifat sementara tanpa kesinambungan, sekali gus menjejaskan kebolehpasaran graduan serta keupayaan negara melahirkan tenaga profesional digital,” ujarnya.