Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima peruntukan sebanyak RM66.2 bilion tahun depan, ketimbang RM64.2 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, kualiti prasarana sekolah kekal menjadi keutamaan kerajaan.
"Hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah.
"Ini termasuk membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan kita membaik pulih tandas, kantin dan musolla dalam masa singkat," ujarnya dalam pembentangan yang disiarkan secara langsung dari Dewan Rakyat pada Jumaat.
Iklan
Iklan