Belanjawan 2026: RM150 Bantuan Awal Persekolahan akan diagihkan kepada 5.2 juta murid

Iklan
Anwar dalam ucapan penuh semangat sempena pembentangan Belanjawan 2026. Foto: Bernama

Kerajaan akan memastikan anak-anak keluarga susah mendapat pelajaran demi masa depan lebih baik, demikian menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sebanyak RM150 juta Biasiswa Kecil Persekutuan untuk anak-anak sekolah telah disediakan menerusi peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM66.2 bilion dalam Belanjawan 2026.

Iklan
Iklan

Selain itu, katanya, bantuan-bantuan lain terdiri daripada:

1) RM870 juta Rancangan Makanan Tambahan untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada 870,000 murid.

Iklan

2) Pada masa ini, Bantuan Am Persekolahan hanya diberikan murid miskin sehingga Tingkatan Tiga. Kerajaan bersetuju memperluas bantuan berkenaan kepada murid miskin sehingga Tingkatan Lima dengan jumlah peruntukan RM180 juta.

3) Semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan peruntukan RM800 juta. Mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa. Ini bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak.

Iklan