Belanjawan 2026: KPT terima peruntukan RM18.6 bilion

Iklan
Anwar

Dalam Belanjawan 2026 yang mengangkat tema 'Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat', kerajaan memperuntukkan sebanyak RM18.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara.

Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melahirkan graduan berkualiti, memperluas akses pendidikan dan memperkukuh penyelidikan serta inovasi selaras dengan agenda Malaysia Madani.

Iklan
Iklan

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan berkenaan merangkumi pelbagai inisiatif penting, antaranya lebih RM400 juta untuk menyelenggara prasarana dan mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

"Tiada anak muda harus terhenti cita-citanya kerana kekangan kewangan. Pendidikan tetap pelaburan utama yang menjamin masa depan lebih baik.

Iklan

"Kerajaan akan terus menyokong anak muda keluarga susah dengan bantuan dan peluang yang adil untuk melangkah ke menara gading," katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

 

Iklan