Medan barisan kepimpinan masa depan - Zambry

Iklan
Zambry (tengah) meraikan kemenangan pelajar IPT dalam ATSN baru-baru ini.

Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) merupakan landasan penting dalam membentuk barisan pemimpin masa depan negara, sekali gus mencungkil dan merangsang bakat kepimpinan pelajar.

Ia turut menyediakan ruang untuk mereka mengasah potensi diri dalam pelbagai bidang terutama dalam kapasiti kepimpinan.

Iklan
Iklan

“Saya yakin di setiap IPT, sama ada universiti, politeknik mahupun kolej komuniti akan meneruskan program kepimpinan di kampus masing-masing.

“Di situlah kita dapat membina daya kepimpinan dan keseluruhan potensi yang ada dalam setiap mahasiswa dan mahasiswi kita,” kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Iklan

Penganjuran ini bertujuan mengiktiraf sumbangan mahasiswa dan badan pelajar IPT, memupuk semangat nasionalisme, meningkatkan kebolehsaingan serta melahirkan pewaris kepimpinan negara.

ATSN kali ini menerima 246 penyertaan dari seluruh IPT termasuk universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dengan 75 calon berjaya ke peringkat akhir.

Iklan