Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki

Iklan
Seorang pelajar perempuan di sini meninggal dunia selepas ditikam pelajar lelaki pada Selasa.

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.

Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Iklan

Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.

Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.

Iklan