iCEPS UiTM perkasa pendidikan fleksibel, iktiraf pengalaman industri

Iklan
Sesi perkongsian iCEPS UiTM ke arah memperkasa laluan pendidikan fleksibel dan pengiktirafan pengalaman industri.

Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPM) 2026–2035 yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan memberi tumpuan kepada penghasilan pendidikan tinggi yang lebih inklusif, fleksibel dan berdaya saing.

Antara agenda penting yang digariskan ialah membentuk hala tuju pendidikan tinggi negara seiring dengan aspirasi pembangunan nasional dan keperluan pasaran kerja masa hadapan.

Iklan
Iklan

Bagi merealisasikan agenda tersebut, penekanan terhadap budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dilihat sebagai pendekatan penting agar tenaga kerja negara sentiasa berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan global.

Seiring dengan aspirasi berkenaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) tampil sebagai peneraju dalam menyediakan laluan pendidikan fleksibel untuk masyarakat.

Iklan

Ketua Eksekutif iCEPS, Profesor Dr Faizah Abdul Majid menjelaskan, iCEPS berhasrat memperbanyakkan tawaran program yang melibatkan kerjasama erat dengan pelbagai sektor industri.

"Pendekatan itu bagi memberi peluang kepada pekerja berkemahiran yang sedang berkhidmat dalam organisasi untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka.

Iklan

"Usaha ini juga dapat mengukuhkan jaringan industri-universiti sebagai strategi meningkatkan kualiti pendidikan," katanya.

Dengan visi 'Menjadi institusi pembelajaran sepanjang hayat yang unggul bertaraf dunia', iCEPS UiTM kekal komited untuk meluaskan akses pendidikan fleksibel dan inklusif, seterusnya merealisasikan aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat pembelajaran sepanjang hayat.

Lebih penting, iCEPS turut menyediakan laluan alternatif melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) yang mana ia merupakan mekanisme membolehkan individu dengan pengalaman kerja relevan dinilai untuk pengiktirafan pembelajaran mereka dan seterusnya diberikan peluang melanjutkan pelajaran.

Mereka yang berpengalaman kerja tetapi kurang kelayakan akademik juga boleh memanfaatkan APEL sebagai jambatan ke menara gading.