Penuntut UM maut dipercayai jatuh bangunan kolej kediaman

Iklan
Pihak universiti, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat sukar ini - UM

Seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya Universiti Malaya (UM) pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.15 petang, seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun telah terjatuh dari Kolej Kediaman di UM.

"Mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang oleh pegawai perubatan hospital berkenaan," katanya.

Iklan

Shamsudin berkata, pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan tempat kejadian.

"Bedah siasat akan dijalankan oleh pihak Patalogi PPUM. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya.

Iklan

Terdahulu, UM dalam kenyataan menzahirkan dukacita terhadap mahasiswa yang terlibat dalam insiden itu.

"Seluruh warga UM menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.

"Pihak universiti, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat sukar ini," katanya.

UM turut memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan pihaknya pada masa ini memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan kes tersebut.

Universiti berkenaan dalam masa sama meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar terbabit serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden itu.

"UM turut menyeru seluruh warga kampus agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan ketabahan keluarganya," katanya.