Selaras semula tarikh konvokesyen sempena PRN Sabah: KPT serah budi bicara UMS, tindakan wajar - Zambry

Iklan
Zambry

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada budi bicara Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung keputusan menyelaraskan semula tarikh majlis konvokesyen universiti itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual pada 29 November ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, langkah diambil oleh UMS itu merupakan keputusan wajar kerana ia melibatkan tarikh pengundian yang bertindih dengan hari konvokesyen universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

"Biasanya pihak kementerian tidak mencampuri urusan dari segi konvokesyen kerana mereka (universiti) yang menetapkan dan mereka mempunyai alasan kerana ia (konvokesyen) ada beberapa hari dan satu daripada hari itu jatuh pada hari pengundian.

"Jadi usaha dibuat oleh UMS ini kerana mereka tidak mahu nanti dituduh tidak memberi hak dan kebebasan kepada pengundi yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan sebagainya yang berada di UMS untuk mengundi pada pada hari berkenaan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) 2025. 

Pada 18 Oktober lepas, dilaporkan konvokesyen UMS yang pada mulanya dijadualkan pada 29 November ini ditunda sehari ke 30 November bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.

Iklan

UMS dalam kenyataan memaklumkan keputusan tersebut diambil bagi menghormati dan memberi ruang kepada seluruh warga universiti, graduan serta masyarakat umum untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, Malaysia sedang membangunkan satu kurikulum baharu dalam bidang kesihatan planet (planetary health) yang menghubungkan antara kesihatan manusia dan kesihatan planet.

Beliau berkata, ia menjadikan Malaysia negara pertama di ASEAN mempelopori bidang itu yang akan diterajui oleh kumpulan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN).

"Ini merupakan satu bidang baharu yang dibangunkan. Beberapa hari yang lepas, kumpulan ini telah pun bersidang dan mereka akan mengemukakan satu cadangan besar kepada negara. Inilah penglibatan kita di peringkat KPT," katanya.

Pada 8 Oktober lepas, Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa sempena Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM) 2025 di Rotterdam menerusi PTKPN yang menggariskan hala tuju Malaysia ke arah kelestarian bumi dan masyarakat lebih sihat. - Bernama