Ruang, peluang murid bersuara

Iklan
Cikgu Mohd Saharuddin Setapa (tengah) bersama murid selepas diumumkan pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025. Gambar kecil: Cikgu Norzah

Apabila guru hargai buah fikiran para pelajar

Kejayaan yang diperoleh Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) di pentas dunia baru-baru ini bukan sahaja mengangkat nama Malaysia, malah membuka mata terhadap potensi luar biasa murid sekolah rendah tempatan itu.

Keterlibatan aktif mereka dalam dunia inovasi membuktikan bahawa apabila murid diberi ruang dan peluang untuk bersuara serta mencipta, keyakinan diri mereka berkembang jauh melangkaui batas bilik darjah.

Iklan
Iklan

Guru Besar, SK Putrajaya Presint 11(1), Cikgu Norzah Mohd Kassim berkata, pelajarnya digalakkan untuk memberikan idea atau pandangan di dalam kelas mahupun luar bilik darjah.

"Sebagai guru, kita perlu menerima pandangan itu secara terbuka dan menggalakkan murid-murid memberikan pendapat atau bersuara terhadap sesuatu perkara dengan positif serta beradab.

Iklan

"Selain memberi pandangan, mereka juga perlu belajar menerima pendapat orang lain dalam sesuatu perbincangan.

"Pelbagai pendapat dari murid ini perlu disambut oleh guru dan berusaha meningkatkan serta menambah idea yang diberi oleh murid adalah sesuatu yang berharga atau boleh dikembangkan," katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Iklan

Semestinya, setiap pandangan dan idea yang dihargai itu akan menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pelajar berani mencuba serta yakin menyumbang kepada masyarakat.

Manakan tidak, gurulah yang akan menjadi pendengar terbuka untuk membimbing, bukan menilai pandangan murid-murid ini.

Keberanian

Sebagai pentadbir, katanya, setiap perubahan yang ingin dilakukan di sekolah memerlukan keberanian dan hala tuju yang jelas.

Langkah awal diambil dengan mengenali isi hati guru, memahami kehebatan, kepakaran serta kekuatan setiap daripada mereka.

Cikgu Norzah berkata lagi, pendekatan ini membantu mencungkil potensi sebenar supaya warga sekolah dapat memberikan sumbangan terbaik melalui murid dan seluruh komuniti sekolah.

"Sebelum mendapatkan sesuatu kejayaan dalam apa sahaja yang diceburi atau diminati, perkara pertama yang perlu diterapkan kepada murid ialah adab belajar, menghormati guru dan menerima segala ajaran baik yang diberikan.

"Ilmu itulah yang dibawa sampai dewasa kelak. Ini akan membantu murid mendapat manfaat dari apa yang diajarkan oleh guru sama ada dalam atau luar kelas," katanya.