KAMI JUARA...SK Putrajaya Presint 11(1) diumumkan sebagai Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat.
KAMI JUARA...SK Putrajaya Presint 11(1) diumumkan sebagai Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat.

HELPIE cipta gelombang dunia

Tumpukan kesedaran kesihatan mental pelajar

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
27 Oct 2025 05:07pm

Kepekaan terhadap kesihatan mental dalam kalangan murid menjadi tumpuan utama Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) apabila membangunkan aplikasi inovatif dikenali sebagai HELPIE.

Menariknya, aplikasi ini hasil ciptaan pasukan inovasi sekolah yang dibimbing guru bertujuan membantu murid menguruskan tekanan dengan cara menyeronokkan dan interaktif.

Guru Inovasi SK Putrajaya Presint 11(1), Cikgu Mohd Saharuddin Setapa berkata, HELPIE menampilkan pelbagai elemen seperti gamifikasi, kad emosi, kempen dan soal selidik direka khusus bagi memupuk kesedaran serta kefahaman terhadap kesejahteraan mental peringkat sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (duduk) bersama murid dan guru yang hadir semasa pengumuman pemenang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (duduk) bersama murid dan guru yang hadir semasa pengumuman pemenang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Setiap tahun, sekolah kami mencari platform antarabangsa bagi mengembangkan potensi murid dan guru. Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 menjadi wadah terbaik untuk menonjolkan amalan terbaik sekolah di peringkat global.

"Kami mencuba nasib dan dengan izin ALLAH serta sokongan seluruh warga sekolah, akhirnya berjaya menjadi pemenang dunia,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Ujar guru itu, pencalonan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia terbuka kepada semua sekolah di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

"Sekolah kami menghantar pencalonan pada Mac lalu dan disenarai pendek 10 teratas sebelum diumumkan pemenang bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat.

"Ia pengiktirafan besar kepada usaha warga sekolah dalam memupuk budaya sihat dan sejahtera," katanya.

No Image Caption

Latih murid urus masa

Di sebalik jadual harian padat, murid mengekalkan kecemerlangan akademik sambil aktif dalam dunia inovasi.

Cikgu Mohd Saharuddin berkata, mereka dilatih mengurus masa dengan seimbang antara pelajaran dan pembangunan projek, termasuk sesi latihan yang dijalankan pada hujung minggu serta selepas waktu sekolah.

"Menariknya, walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen, disiplin dan semangat mereka tidak pernah luntur.

"Aktiviti inovasi ini bukan sahaja mengasah daya cipta tetapi membentuk kemahiran insaniah, tumpuan dan fokus.

"Ia menjadikan mereka generasi pelajar yang bukan sahaja bijak, malah seimbang dalam setiap aspek kehidupan," ujarnya.

No Image Caption

Selain itu, penglibatan murid dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 ini menjadikan mereka lebih yakin, penuh empati dan faham nilai kesihatan diri.

Menurut guru inovasi itu, ia juga membantu murid untuk lebih menghargai usaha kolektif komuniti sekolah.

"Projek HELPIE bermula sejak 2023 dan berkembang melalui pelbagai pertandingan serta perkongsian antarabangsa seperti di India, Republik Arab Bersatu, China, Thailand dan Indonesia.

"Setiap penyertaan adalah latihan kepimpinan dan komunikasi buat murid. Mereka dibimbing agar sentiasa tambah baik idea serta menyampaikan projek dengan penuh yakin," katanya.

No Image Caption

REAKSI

1) "Selepas sertai pertandingan inovasi ini, saya perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif apabila membuat sesuatu aplikasi. Sudah semestinya berbangga dengan pencapaian kami terutama apabila menang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025. Jika diberi peluang, saya mahu hasilkan projek inovasi untuk menjimatkan air." - Murid SK Putrajaya Presint 11(1), Ayden Firhad Firdaus, 11.

Ayden Firhad
Ayden Firhad

2) "Sepanjang projek dilaksanakan, saya rasa kekangan masa antara masalah atau cabaran utama kami. Kesuntukan masa untuk menyediakan aplikasi, memastikan aplikasi dapat diaktifkan dan menambah baik inovasi. Walau bagaimanapun, sekolah berjaya dinobatkan sebagai pemenang dan mestilah saya seronok serta berbangga dengan pasukan ini." - Murid SK Putrajaya Presint 11(1), Emyr Hayyan Mohd Khairuddin, 10.

Emyr Hayyan
Emyr Hayyan

3) "Pengalaman saya menyertai pertandingan inovasi ini membuatkan saya lebih teruja untuk mencuba benda baharu dan mencipta sesuatu yang lebih inovatif. Saya akan pastikan projek selepas ini lebih kreatif dan boleh digunakan komuniti." - Murid SK Putrajaya Presint 11(1), Muhammad Ammar Mukhriz Muhammad Noor, 11.

Muhammad Ammar Mukhriz
Muhammad Ammar Mukhriz

 

 

Ringkasan AI

  • Tumpukan kesedaran kesihatan mental pelajar melalui pembangunan aplikasi HELPIE oleh pasukan inovasi SKPP 11(1)
  • HELPIE dicipta untuk membantu murid mengurus tekanan secara menyeronokkan dan interaktif, mengandungi elemen gamifikasi, kad emosi, kempen, dan soal selidik
  • SK Putrajaya Presint 11(1) memenangi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 dalam kategori Menyokong Kehidupan Sihat
  • Murid dilatih mengurus masa dengan seimbang antara pelajaran dan pembangunan projek, termasuk aktiviti inovasi
  • Projek HELPIE melibatkan pelbagai pertandingan antarabangsa, mengembangkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi murid
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp