MSU diiktiraf peringkat global atas inisiatif kelestarian

Iklan
Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid (dua dari kiri) menerima trofi Anugerah Global SDG Impact 2025 daripada Naib Presiden Kanan, Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, Profesor Dr Abdul Jalil Ghazali. Turut hadir Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU, Datuk Rosli Yusof dan Naib Presiden Media dan Komunikasi Strategik MSU, Norizah Mohd Said.

Pengiktirafan ACEEU memperkukuh penglibatan dalam konteks pendidikan global

Management and Science University (MSU) terus meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa atas komitmennya yang cemerlang terhadap inisiatif kelestarian.

Universiti tersebut baru-baru ini dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Anugerah Global SDG Impact 2025 oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) yang berpangkalan di Belanda melalui Triple E Awards.

Iklan
Iklan

Pengiktirafan berkenaan dianugerahkan khusus di bawah Kategori Pilihan Rakyat (People’s Choice) bagi inisiatif Health Equity for Affordable and Rapid Treatment (H.E.A.R.T) yang dilancarkan pada tahun 2024.

Pengiktirafan daripada ACEEU ini amat signifikan dalam memperkukuh penglibatan MSU dalam konteks pendidikan global yang mampan.

Iklan

Pengiktirafan pertama MSU oleh ACEEU diterima pada 2019 apabila universiti tersebut dinobatkan sebagai Asia’s Most Entrepreneurial and Engaged University.

Pada tahun berikutnya, MSU telah disenaraikan sebagai finalis bagi Anugerah ACEEU Asia-Pacific E Awards 2020 untuk kategori Lifetime Achievement in EntrepreneurshipEntrepreneurial University of the Year dan Student-Driven Sustainability Project of the Year.

Iklan

Meneruskan reputasinya yang gemilang, MSU telah dianugerahkan Global Green University of the Year dan tersenarai dalam Top 5 Engaged Global Universities pada 2023.

Pada tahun berikutnya, universiti ini turut meraih gelaran Engaged & Sustainable University of the Year serta menduduki tempat ketiga bagi kategori Entrepreneurial Leader of the Year dalam Asia-Pacific Triple E Awards 2024.

MSU pada 2024 turut menjadi tuan rumah kepada ACEEU Asia-Pacific Forum 2024 yang menghimpunkan pakar dan perwakilan daripada lebih 30 institusi pengajian tinggi merentasi 15 negara.

Penglibatan MSU dalam bidang kelestarian turut diiktiraf di peringkat global apabila universiti ini berada dalam kelompok terbaik dunia, iaitu pada kedudukan ke-101 hingga ke-200 melalui Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.

Pencapaian MSU dalam pengiktirafan global ini mencerminkan komitmen teguh dan dedikasi seluruh warganya dalam melaksanakan inisiatif pembangunan mampan di kampus.

Ia turut diperkukuh melalui budaya kecemerlangan, kelestarian dan integriti yang konsisten, bukan sahaja di dalam universiti, tetapi juga melalui kerjasama strategik bersama universiti rakan, rakan industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak berkepentingan lain.