Menanti juara baharu!

Iklan

Selepas merentasi beberapa sekolah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy kini menghampiri detik kemuncak.

Setiap perjuangan murid dari idea kreatif hingga mesej penuh makna tentang pemuliharaan air menjadi bukti generasi kini semakin berani bersuara untuk alam.

Iklan
Iklan

Dalam kehangatan menanti siapakah bakal juara tahun ini, sekolah-sekolah lain yang masih belum menghantar video penyertaan turut diberi peluang untuk menyerlah.

Masih belum terlambat untuk sama-sama mencipta impak dan menjadi sebahagian daripada usaha bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya air bersih.

Iklan

Siapakah akan muncul sebagai Wira Air baharu tahun ini?

Mari bersama Sinar Bestari untuk mengetahui lebih lanjut tentang Peraduan Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy!

Iklan

Jom kita!