Sadaqa House Bank Islam bantu anak yatim, asnaf & B40 ke arah pendidikan cemerlang

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed (empat dari kiri), bersama Mohd Nazri (kanan) dan Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Bank Islam, Iskandar Shah Zulkarnain (kiri), bergambar bersama cek cura bagi Biasiswa dan Geran Pendidikan Sadaqa House kepada wakil-wakil 'changemaker' Sadaqa House di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Peluang pendidikan kini lebih cerah untuk anak yatim, asnaf dan pelajar B40 apabila Bank Islam Malaysia Berhad menerusi inisiatif sosialnya, Sadaqa House, menyerahkan biasiswa dan geran pendidikan bernilai lebih RM5.62 juta.

Program ini bertujuan membuka ruang kepada pelajar berpotensi tinggi yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi tanpa dibebani kekangan kewangan.

Iklan
Iklan

Ia juga menzahirkan komitmen Bank Islam dalam memastikan pendidikan dapat diakses secara inklusif dan mampan, selaras dengan usaha memacu kesejahteraan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed menyerahkan cek cura kepada wakil-wakil changemaker Sadaqa House yang menumpukan usaha mereka dalam pendidikan. Antara penerima adalah Youth Empowerment Foundation (YEF), Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), Brain for Future (BFF), Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) serta penerima biasiswa Sarjana Kewangan Islam di INCEIF University.

Iklan

Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan, Mohd Nazri Chik berkata, dana Sadaqa House yang dikumpul menerusi sumbangan orang ramai dan institusi dimanfaatkan untuk menampung kos sara hidup dan yuran pelajar berpotensi tinggi dari keluarga kurang berkemampuan.

“Selain meningkatkan taraf sosioekonomi mereka, hasrat kami adalah membentuk insan berilmu dan berakhlak mulia yang mampu menyumbang positif kepada masyarakat dan negara pada masa depan,” ujarnya.

Iklan

Sebahagian daripada dana juga disimpan untuk tujuan pelaburan, memastikan kelangsungan biasiswa dan geran pendidikan untuk generasi akan datang.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, Sadaqa House telah menyalurkan hampir RM13 juta bagi pelbagai inisiatif pendidikan, membantu lebih 1,000 individu secara langsung.

Dengan sasaran menyokong lebih 1,000 pelajar dalam tempoh tujuh tahun, Bank Islam berharap sumbangan dan kepercayaan masyarakat terhadap Sadaqa House terus membuka peluang pendidikan kepada mereka yang memerlukan, sekali gus membina insan berilmu dan berdaya saing.