Jejak membawa jawapan

Iklan
MAYAT SEBENAR...Anita Zara (kanan) dalam salah satu kuliah yang menggunakan jasad sebagai bahan pengajaran.

Bidang Sains Forensik merangkumi pelbagai komponen penting yang memainkan peranan besar dalam proses penyiasatan.

Pensyarah Program Sarjana Muda Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan & Hayat MSU, Anita Zara Weinheimer berkata, bidang analisis asid deoksiribonukleik (DNA) semakin popular kerana kemampuan mengenal pasti individu.

Iklan
Iklan

Ini kerana tiada dua manusia yang mempunyai DNA serupa di dunia ini menjadikannya kos yang mudah.

"Dalam masa sama, bidang Toksikologi digunakan secara meluas untuk kes berkaitan dadah, manakala kos balistik menjadi tumpuan susulan peningkatan kes melibatkan senjata api.

Iklan

"Di MSU, pelajar turut didedahkan kepada bidang yang jarang diketahui umum seperti Forensik Antropologi iaitu kaedah mengenal pasti mayat yang telah lama mereput sehingga tinggal rangka.

"Dengan ilmu ini, identiti seseorang masih mampu dikenal pasti walaupun selepas satu atau dua tahun," katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Iklan

Pelajar Sains Forensik tahun keempat bersama Pensyarah Kanan, Program Sains Forensik, Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat MSU, ChM Dr Muhammad Jefri Mohd Yusof (depan, empat dari kiri) dan Anita Zara (tiga dari kiri).

Selain itu, terdapat juga pengajian Entomologi iaitu kajian serangga yang membantu memberikan klu penting dalam siasatan.

Tidak ketinggalan, ujar Anita Zara, subjek Analisis Dokumen juga membuka peluang kerjaya sebagai penyiasat penipuan termasuk dalam sektor perbankan.

"Kos ini untuk mengenal pasti dokumen yang mungkin dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dalam semua aspek ini, nilai dan etika menjadi asas terpenting.

Anita Zara

"Seorang pakar forensik perlu sentiasa berkata benar, teliti dan mematuhi prosedur kerana setiap analisis serta laporan yang dihasilkan berkemungkinan besar boleh dibawa ke mahkamah.

"Ketepatan kerja mereka bukan sahaja menentukan arah penyiasatan tetapi juga memberi kesan besar kepada keadilan yang diperjuangkan," katanya lagi.

Minat, kunci ke dunia forensik

Minat yang mendalam sering menjadi kompas tepat dalam menentukan masa depan individu.

Menurut Anita Zara, kecenderungan itu akan membuka laluan yang jauh lebih cerah dan ia akan terus mendorong pelajar untuk melangkah dengan yakin.

Katanya, mereka sedang membina asas kukuh untuk kerjaya berimpak tinggi yang menuntut ketelitian dan rasa ingin tahu yang tidak pernah padam.

Pelajar perlu memastikan bahan atau elemen yang diletakkan di bawah mikroskop dapat dibaca.

"Sudah semestinya mereka perlu ada perasaan bersemangat atau teruja yang kuat untuk melakukan sesuatu yang mereka minat.

"Walaupun bidang tugas mereka susah, tetapi dengan adanya keinginan yang mendalam, perkara itu akan menjadi lebih mudah," katanya.

Tambah Anita Zara, pelajar yang berminat perlu menguasai mata pelajar asas seperti Kimia, Biologi dan Fizik untuk berkecimpung dalam dunia Sains Forensik.