Dr Shima dari suku kaum Mahmeri raih PhD! 'Ini memang luar biasa' - Warga maya

Iklan
Semoga pencapaian Dr Shima menjadi motivasi bahawa setiap anak muda, tanpa mengira latar belakang, mampu mencipta sejarah. Foto: Facebook Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 

Pelajar Orang Asli kini semakin menyerlah dalam dunia pendidikan.

Mereka bukan lagi sekadar mencipta keputusan cemerlang di sekolah, tetapi ramai yang sudah berjaya melangkah ke menara gading malah hingga ke peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Terbaharu, seorang wanita hebat dari suku kaum Mahmeri, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sepang, Selangor, Dr Shima Rabi'atul' Adawiyah Zainal mencuri perhatian negara apabila berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Manchester, United Kingdom, perkongsian Facebook Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan komuniti Orang Asli, malah menjadi inspirasi buat seluruh generasi muda Malaysia bahawa usaha tanpa henti mampu membawa seseorang ke puncak kecemerlangan.

Iklan

Di media sosial, warga maya tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah.

Miszz Siti:"Tahniah Dr, memberi semangat pada generasi muda." 

Iklan

Fauzan Bingki:"Wanita sukses Malaysia." 

Latiffah Endot:"Tahniah menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain." 

Suhaimi Abdul Karim:"Zaman sekarang kaum Orang Asli berada di kelas mereka tersendiri, mampu berdiri sama tinggi malah lebih tinggi." 

Nik Fauziah Adnan:"Cantiknya dia...lengkap dengan kepintaran. Pakej terbaik." 

Maznah Hashim: "Tahniah mengangkat kaummu dengan kejayaan yang dicapai." 

Armin:"Wanita Mahmeri ini melakar sejarah baharu pendidikan negara. Ini memang luar biasa." 

Semoga kejayaan Dr Shima terus membuka jalan kepada lebih ramai anak muda Orang Asli untuk percaya bahawa tiada batas untuk bermimpi, tiada limit untuk berjaya.