Bilangan graduan yang menganggur di Malaysia telah dilaporkan meningkat di mana perkara ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan ekonomi bagi anak muda di negara.
Kadar pengangguran graduan pada tahun lalu adalah 4.6 peratus dan meningkat kepada 5.2 peratus menurut statistik yang terkini.
Perkara ini telah menunjukkan bahawa jurang semakin melebar antara pendidikan akademik dan keperluan pasaran kerja.
Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada kestabilan kewangan graduan akan tetapi menjejaskan ekonomi negara secara keseluruhannya terutama dalam sektor produktiviti dan pembangunan sumber manusia.
Situasi ini tidak hanya menjejaskan kestabilan kewangan graduan, akan tetapi sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara sepenuhnya terutama dalam sektor produktiviti dan pembangunan sumber manusia.
Terdapat beberapa punca utama yang dikenalpasti oleh pakar ekonomi antaranya ialah kemahiran yang tidak sepadan.
Perkara ini dapat dilihat dimana graduan memiliki ijazah akan tetapi kurangnya kemahiran praktikal yang diperlukan oleh majikan bagi industri yang mereka pilih.
Kemahiran yang praktikal itu adalah termasuk dengan kemahiran digital, komunikasi dan pengalaman industri yang sebenar.
Selain itu, persaingan tinggi pasaran kerja disebabkan oleh permintaan tinggi daripada graduan disebabkan pertumbuhan graduan yang pesat hingga menyebabkan persaingan yang kuat terutama kepada bidang profesional seperti kejuruteraan, ekonomi dan perakaunan yang menjadi tumpuan para graduan.
Bukan itu sahaja, para graduan juga mempunyai sikap yang memilih pekerjaan dan gaji kerana mereka berpendapat bahawa dengan memilih begitu mampu menjamin mereka untuk bekerja.
Seterusnya, kekangan ekonomi dan pelaburan sektor swasta yang menyebabkan peluang pekerjaan baru ini tidak seiring dengan jumlah graduan yang baru memasuki pasaran kerja.
Hal ini kerana lebih daraipada 200,000 graduan yang baru untuk mendapatkan kerja akan tetapi peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak mencukupi bagi menampung jumlah graduan tersebut.
Pada bahagian sektor swasta, sektor tersebut masih mengalami cabaran terutama kepada kos operasi dan kekangan pelaburan sehingga menyebabkan kurang membuka peluang pekerjaan yang baru.
Bukan itu sahaja, sesetengah syarikat akan lebih mementingkan pekerja yang berpengalaman untuk bekerja di syarikat mereka dan mengurangkan peluang graduan baru untuk mendapatkan pekerjaan tetap.
Krisis pengangguran graduan menuntut tindakan yang segera dengan mewujudkan kerjasama antara universiti dan sektor industri ini amat penting bagi menghasilkan graduan yang bersedia dan relevan dengan keperluan semasa.
Pengangguran graduan ini tidak hanya menjejaskan kestabilan kewangan individu akan tetapi memberi kesan juga kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Hal ini kerana mereka yang tidak bekerja ini akan menghadapi tekanan mental, penangguhan perancangan keluarga dan akan menyebabkan kes jenayah negara meningkat dimana mereka akan mengambil mudah dengan mencuri demi mencari sumber pendapatan serta kurang terlibat dalam pembangunan ekonomi.
Menurut kajian daripada Institusi Penyelidikan Pendidikan Malaysia (IPPM) yang mendapati bahawa golongan graduan yang menganggur ini lebih enam bulan berisiko untuk mengalami tekanan mental dan kemurungan dan ini juga mampu mengurangkan produktiviti dan daya saing tenaga kerja negara.
Antara beberapa cadangan langkah penyelesaian yang disarankan bagi mengatasi masalah ini adalah program latihan kemahiran praktikal di mana para graduan perlulah diberikan latihan praktikal yang bersesuaian mengikut keperluan industri termasuk dengan kemahiran digital, komunikasi dan kepimpinan. Perkara ini penting bagi menarik minat majikan untuk menerima para graduan untuk menjadi pekerja tetap dalam syarikat mereka.
Selain itu, kolaborasi antara universiti dan industri juga langkah yang sesuai dimana kurikulum akademik seharusnya disesuaikan dengan kehendak pasaran kerja.
Universiti boleh bekerjasama dengan syarikat adalah untuk menyediakan latihan industri dan program mentor bagi membina atau memberi pengalaman sebenar kelada graduan.
Seterusnya, kesedaran kerjaya dan panduan profesional - Perkara ini penting bagi graduan yang belum mengetahui hala tuju diri selepas graduan semasa zaman universiti lagi.
Hal ini adalah memberikan pandangan berkenaan dengan alam pekerjaan yang akan dialami oleh oleh mereka selepas graduan.
Pihak universiti dan agensi kerajaan perlu menyediakan program kaunseling kerjaya, bimbingan temuduga dan peluang jaringan profesional bagi graduan sebelum mereka menamatkan pengajian.
Dapat dilihat bahawa pengangguran graduan ini bukan sahaja memberi tekanan ekonomi akan tetapi melibatkan mental dan fizikal pada graduan serta menghadkan sumbangan mereka terhadap pembangunan negara.
Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, perkara sebegini boleh menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi dalam jangka masa panjang.
Kesimpulannya, krisis pengangguran graduan ini adalah masalah yang serius memerlukan tindakan bersama oleh pihak kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta.
Graduan mampu menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara dan membina masa depan dengan lebih kukuh hanyalah melalui pendidikan yang relevan, latihan praktikal dan peluang pekerjaan yang bersasar.
Maklumat penulis:
1. Mahasiswa Tahun Akhir Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) Dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Sarini Anak Jeffery
2. Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (ECO 4373), UMT, Dr Jaharudin Padli
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my