Seni tempur didik jiwa...

Iklan

Di sebalik gerak fizikal, seni tempur bentuk kawalan emosi, disiplin dan sahsiah murid

Silat sering disalah erti sebagai sukan yang sinonim dengan keganasan kerana melibatkan tendangan dan pukulan.

Namun di sebalik gerak fizikal itu, silat sebenarnya menuntut kawalan emosi, disiplin tinggi serta keseimbangan rohani.

Iklan
Iklan

Tidak hairanlah atlet silat jarang terlibat dalam pergaduhan di sekolah mahupun di luar gelanggang, berbanding murid yang tidak terdedah kepada nilai sukan tempur berdisiplin.

Penasihat Kelab Silat Olahraga Wira Titiwangsa (KSOWT), Hazli Adnan berkata, melalui penerapan adab dan amalan kerohanian, sukan inilah membantu kanak-kanak mengawal emosi.

Iklan

Katanya lagi, secara tidak langsung ia membentuk peribadi yang lebih tenang dan berprinsip dalam kehidupan seharian.

“Pendedahan awal tentang sukan tempur selain membentuk kanak-kanak dengan perasaan ingin tahun, mencuba perkara baharu dan mendengar serta mematuhi arahan,” katanya kepada Sinar Bestari.

Iklan

Baru-baru ini, lebih 200 peserta membabitkan pelbagai kelab silat di sekitar Kuala Lumpur menyertai Kejohanan Silat Kuala Lumpur Juara, Piala SSJF Cup 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Disember bertempat di Pusat Beli-Belah Datum Jelatek.

Hadir sama dalam program itu ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri (Pejabat Perdana Menteri), Mohamad Mahathir Mohamed Younos; Setiausaha Agong Pesaka Kuala Lumpur, Sudirman Arifin; Pegawai Memerintah Institut Perubatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Col Dr Rosli Kulob dan Pengurus Besar Persatuan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), Mike Nasri.

Jawatankuasa Kejohanan Silat Kuala Lumpur Juara, Piala SSJF Cup 2025 bergambar sebagai kenangan.

Pelbagai kategori dipertandingkan daripada peserta berumur lima hingga 12 tahun lelaki dan perempuan.

Kategori terlibat termasuk pesilat pratunas (5-6 tahun), pesilat tunas (7-8 tahun), pesilat pradini (9-10 tahun) dan pesilat dini (11-12 tahun)

Selain itu, Hazli mengakui, banyak bukti menunjukkan penglibatan murid dalam sukan terutama silat yang mampu membentuk disiplin tinggi dan jati diri kukuh sejak usia awal.

“Melalui latihan berterusan dan berstruktur, silat ini bukan sahaja mengasah kemahiran fizikal, malah membuka ruang kepada kanak-kanak untuk mengenal potensi diri serta meneroka bakat yang boleh dibangunkan.

“Sebagai seni bela diri warisan, silat berperanan besar dalam membentuk sahsiah, keyakinan dan keseimbangan emosi.

“Ia melahirkan generasi yang berprinsip dan berdaya saing,” katanya lagi.

Pembelajaran hidup

Kanak-kanak Generasi Z kini sukar memberi tumpuan dan mendengar arahan dalam tempoh yang lama.

Malah mereka juga lebih cenderung berkurung dan menyendiri sehingga nilai bersosial terhakis. Namun kata Hazli, pendekatan latihan yang kreatif mampu mengubah cabaran itu menjadi pembelajaran berkesan.

“Apabila tugasan disampaikan melalui aktiviti permainan dan latihan interaktif, mereka bukan sahaja kekal fokus, tetapi menunjukkan semangat tinggi tanpa mengenal erti penat.

Hazli

“Penggunaan peralatan latihan yang pelbagai bentuk dan saiz juga menjadi kunci mengekalkan tumpuan serta menjadikan sesi latihan lebih menyeronokkan.

“Lebih daripada sekadar aktiviti fizikal, penyertaan dalam sukan silat menawarkan pakej lengkap pembelajaran hidup yang mendidik disiplin, kerjasama dan empati.

“Silat ini membantu ‘memanusiakan manusia’ sejak usia kecil,” katanya.