Tip pelajar kekal sihat ketika jerebu

Iklan
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Pembakaran hutan merupakan antara punca utama berlakunya jerebu yang sering melanda rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah turut memberi kesan langsung terhadap kesihatan masyarakat, kelancaran aktiviti harian serta sektor pendidikan apabila sesi pembelajaran terpaksa diubah atau dihentikan sementara.

Iklan
Iklan

Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Iklan

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Bagi golongan pelajar, situasi berjerebu boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan seperti gangguan pernafasan, batuk, sakit mata, keletihan serta menjejaskan tumpuan pembelajaran.

Iklan

Oleh itu, langkah pencegahan amat penting bagi memastikan kesihatan sentiasa terpelihara.

Antara langkah yang disarankan termasuk:

1) Hadkan aktiviti luar

  • Kurangkan aktiviti luar bilik darjah terutama aktiviti sukan dan kokurikulum apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

2) Pakai pelitup muka

  • Gunakan pelitup muka yang sesuai, khususnya ketika berada di luar atau dalam perjalanan ke sekolah.

3) Banyakkan minum air

  • Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi dan membantu sistem pernafasan kekal sihat.

4) Jaga kebersihan diri

  • Basuh muka dan tangan selepas berada di luar bagi mengurangkan pendedahan kepada partikel jerebu.

5) Ikut nasihat pihak berkuasa

  • Sentiasa peka dengan pengumuman rasmi dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

6) Dapatkan rawatan jika perlu

  • Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami simptom seperti sesak nafas, batuk berpanjangan atau iritasi mata.