Project RAT: Mahasiswa UiTM pimpin belia celik digital & bebas buli siber

Iklan
Program yang berlangsung di Masjid UPM bertujuan melatih pemikiran mesra komuniti digital kepada pelajar berusia 10 hingga 16 tahun, selain menangani isu kesihatan mental berkaitan buli siber dan gangguan atas talian.

Komitmen mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dalam memperkasakan keselamatan komuniti digital terbukti melalui penganjuran program Project Respect All Types (Project RAT) baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 22 Disember lalu bertujuan melatih pemikiran mesra komuniti digital kepada pelajar berusia 10 hingga 16 tahun, selain menangani isu kesihatan mental berkaitan buli siber dan gangguan atas talian.

Iklan
Iklan

Inisiatif ini disepadukan bersama Kem Anak Soleh Bijak Bestari 2025 melalui kerjasama strategik dengan Tabung Haji dan Pusat Islam UPM, menjadikan program lebih menyeluruh dan bermanfaat.

Iklan

Menurut Ketua Project RAT, Izz Naufal Fitri Imran Ariff, mahasiswa digalakkan menjadi ejen perubahan yang memahami undang-undang serta mampu memimpin komuniti untuk berinteraksi secara selamat dan beretika di dunia digital.

Manakala Pengarah Pusat Islam UPM, Zuhaimi Abdul Rahim, yang merasmikan program itu, menyifatkan kolaborasi tersebut sebagai langkah holistik dalam membentuk sahsiah digital belia.

Iklan

Terdahulu, Project RAT turut mendapat suntikan kepakaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui ASP Nur Idaastuti Hashim, yang membincangkan implikasi perundangan buli siber.

Sokongan media daripada HotFM juga membantu menyebarkan mesej empati digital ke seluruh negara, sementara penglibatan badan bukan kerajaan seperti Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) dan SAPOT memainkan peranan penting dalam memupuk advokasi kesihatan mental khususnya di ruang siber.

Usaha Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) membuktikan keupayaan mahasiswa UiTM dalam menerajui agenda Tanggungjawab Sosial Universiti (USR), selaras dengan matlamat melahirkan generasi belia celik digital, berintegriti dan beretika.