Majlis graduasi dan anugerah 2025 diserikan dengan pelancaran Al Husni Special Education

Iklan
Ustaz Abd Halim (tengah) ketika merasmikan Majlis Graduasi, Penyampaian Anugerah & Konsert Tahunan 2025 baru-baru ini. Turut hadir Pengasas/Pengerusi SMZaki Education, Datuk Sheikh Mohd Zaki Sheikh Abdul Rahman (lima dari kanan), serta tetamu jemputan lain termasuk Zainuddin Zainal, Ir Mohd Arifin Samingun, Ts Imanudin Hasbullah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri, Profesor Dr Khor Mi Nee, Datin Siti Nadiah Mislan dan Dr Nik Noor Azlida Datuk Husain.

Komitmen memperkasa pendidikan holistik dan inklusif terus menjadi teras perjuangan SMZaki Consultancy In Education Sdn Bhd apabila menganjurkan Majlis Graduasi, Penyampaian Anugerah & Konsert Tahunan 2025 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Marriott Hotel, Putrajaya baru-baru ini.

Majlis berprestij itu bukan sahaja menjadi platform meraikan kejayaan serta kecemerlangan murid-murid, malah mencatat detik bersejarah menerusi pelancaran rasmi Al Husni Special Education, sebuah pusat pendidikan khas yang diwujudkan khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas secara lebih inklusif dan tersusun.

Iklan
Iklan

Majlis ini menghimpunkan lebih 1,500 warga pendidik, pelajar dan ibu bapa daripada seluruh rangkaian institusi pendidikan di bawah SMZaki Education, iaitu Tadika Al Haris (Smart Edukids), Sekolah Rendah Islam (SRI) Integrasi Puncak Jalil dan Sekolah Menengah Islam Integrasi Puncak Jalil.

Majlis gilang-gemilang itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Sektor Akademik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Abd Halim Saljadi, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan SMZaki Education dalam memperkukuh sistem pendidikan berteraskan nilai Islam.

Iklan

Ustaz Abd Halim
 

Menurut beliau, kejayaan SRI Integrasi Puncak Jalil mengekalkan pencapaian GPS yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) secara konsisten setiap tahun membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan bersepadu yang diterapkan.

Iklan

Sementara itu, majlis graduasi dan penyampaian anugerah ini diadakan bagi menghargai usaha, disiplin serta pencapaian pelajar sepanjang tahun akademik 2025, sekali gus menyemai budaya kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

Datuk Sheikh Mohd Zaki

Turut mencuri tumpuan ialah Konsert Tahunan 2025 yang menampilkan pelbagai persembahan kreatif dan berunsur nilai murni oleh murid, sekali gus mencerminkan perkembangan bakat, keyakinan diri serta pembinaan karakter seimbang selaras dengan falsafah pendidikan SMZaki Education.

Dalam majlis yang sama, SMZaki Education turut mengumumkan pelancaran rasmi Al Husni Special Education, hasil kerjasama strategik bersama Eden Firdaus Special Education, sebagai satu langkah signifikan memperluas akses pendidikan berkualiti kepada anak-anak berkeperluan khas.

Al Husni Special Education menawarkan kurikulum yang menekankan kemahiran kendiri, pembelajaran praktikal serta persediaan kerjaya, bagi membantu pelajar membina keyakinan, berdikari dan bersedia menghadapi kehidupan masa hadapan mengikut potensi masing-masing.

Pelancaran ini mencerminkan iltizam SMZaki Education untuk memastikan tiada golongan tercicir dalam arus pendidikan, sebaliknya setiap pelajar diraikan dan dibimbing berdasarkan keperluan serta keupayaan mereka.

SMZaki Education bertekad untuk terus memperjuangkan pendidikan holistik dan inklusif yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah pembentukan jati diri, akhlak terpuji dan nilai kemanusiaan selaras dengan tuntutan Islam.

Dengan penganjuran majlis ini serta pelancaran Al Husni Special Education, SMZaki Education terus mengorak langkah sebagai pelopor pendidikan bersepadu yang menyantuni semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar berkeperluan khas, demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing pada masa hadapan.