Sesi persekolahan baharu bakal bermula tidak lama lagi dengan 11 Januari bagi Kumpulan A dan 12 Januari bagi Kumpulan B.
Bagi memastikan anak-anak memulakan hari pertama sekolah dengan lebih yakin dan teratur, persediaan awal oleh ibu bapa adalah amat penting.
Berikut 10 tip ringkas yang boleh dijadikan panduan tanpa membebankan rutin harian.
1) Semak jadual sekolah anak
Pastikan tarikh, masa kehadiran dan kelas anak sudah diketahui lebih awal.
2) Sediakan kelengkapan sekolah secukupnya
Buku, alat tulis dan beg sekolah perlu lengkap supaya tidak kelam-kabut di saat akhir.
3) Pastikan pakaian seragam bersih dan kemas
Cuba pakaikan lebih awal untuk elak masalah saiz atau kekurangan.
4) Susun jadual tidur anak
Biasakan tidur awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah bermula.
5) Bincang rutin harian dengan anak
Terangkan waktu bangun, ke sekolah dan pulang supaya anak lebih bersedia.
6) Sediakan bekalan makanan sihat
Rancang menu ringkas dan berkhasiat untuk tenaga sepanjang hari.
7) Semak keperluan tambahan sekolah
Termasuk yuran, buku aktiviti atau keperluan kokurikulum.
8) Berikan sokongan emosi kepada anak
Tenangkan anak yang mungkin berasa gementar terutama pelajar baharu.
9) Kenal pasti laluan ke sekolah
Pastikan perjalanan lebih lancar dan tahu anggaran masa sebenar.
10) Tanam sikap positif tentang sekolah
Galakkan anak melihat sekolah sebagai tempat belajar dan berkawan.
Sebagai makluman, Kumpulan A melibatkan sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala Kumpulan B pula merangkumi sekolah-sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.