Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026

Iklan
Ketua Pengarah Pendidikan berkata, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.

Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan, sekali gus mengesahkan tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.

Iklan
Iklan

"Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, cadangan itu dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa. - Bernama

 

Iklan