Pelajar Kolej Matrikulasi Selangor meninggal dunia, warga maya titip ucapan takziah

Iklan
Al-Fatihah. Kehilangan yang amat menyentuh hati. Semoga ALLAH SWT tempatkan arwah dalam kalangan hambaNya yang soleh.

Pemergian seorang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor, Allahyarham Harris Iqmal Syah Mohd Amir Syah, yang dilaporkan meninggal dunia pada 2 Januari 2026, telah mengundang rasa pilu dan dukacita dalam kalangan warga institusi pendidikan serta masyarakat, perkongsian Facebook Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Ucapan takziah dan simpati dizahirkan kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Orang ramai turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Iklan
Iklan

Di ruangan komen media sosial, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih dan simpati atas pemergian pelajar berkenaan.

"Takziah buat keluarga, semoga kuat menghadapi dugaan ini," tulis seorang netizen.

Iklan

"Al-Fatihah. Kehilangan yang amat menyentuh hati. Semoga ALLAH SWT tempatkan arwah dalam kalangan hambaNya yang soleh," komen seorang lagi.

Selain itu, ramai turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Iklan

Al-Fatihah.