Bantuan Awal Persekolahan diagih lebih awal mulai tahun hadapan

Iklan
Fadhlina berkata, ia susulan maklum balas ibu bapa yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila bantuan BAP diterima pada minggu pertama sesi persekolahan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih awal bermula tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia susulan maklum balas ibu bapa yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila bantuan itu diterima pada minggu pertama sesi persekolahan, menyebabkan persediaan tidak dapat dilakukan lebih awal.

Iklan
Iklan

"Kebetulan tahun ini kita baru memulakan sesi persekolahan pada Januari, jadi memang ada sedikit rungutan yang kita terima.

"Saya ingat mulai tahun hadapan akan terus perbaiki dan saranan itu kita ambil secara serius.

Iklan

"Maknanya diberikan lebih awal supaya persiapan boleh dilakukan lebih awal," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 pada Jumaat.

Untuk rekod, BAP merupakan bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM150 yang dimanfaatkan seramai 5.2 juta murid di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah.

Iklan

Selain itu, Fadhlina juga menggalakkan ibu bapa serta penjaga bertemu guru ketika mengambil BAP bagi mendapatkan maklum balas berkaitan prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.

"Saya harap ibu bapa ambil saranan RM150 ini untuk keperluan sekolah dan datang ke sekolah ambil bantuan serta berjumpa dengan guru untuk mendengar laporan dan juga saranan mengenai anak-anak kita," ujarnya.

Bagi tahun ini, kaedah penyaluran BAP dilaksanakan secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara ibu bapa dan guru.

Pendekatan berkenaan bukan sahaja memastikan bantuan disampaikan secara lebih berkesan, malah turut menggalakkan hubungan yang lebih erat antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa. - Astro Awani