Disiplin tinggi bawa Rasyiqah Shakirah sempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran! Alhamdulillah

Iklan
Semoga kejayaannya menginspirasi rakan pelajar untuk tidak berputus asa dalam hafazan.

Menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan ketekunan tinggi, pengorbanan masa dan tenaga berterusan serta disiplin diri yang mantap.

Selain kekuatan ingatan, pelajar juga perlu bersabar dan konsisten menghadapi cabaran sepanjang proses hafazan.

Iklan
Iklan

Perkongsian rasmi Kolej Quran Terengganu (KQT) di Facebook baru-baru ini menonjolkan salah seorang pelajarnya, Rasyiqah Shakirah Mohd Nakhaie sebagai contoh inspirasi kejayaan hafazan.

"Rasyiqah Shakirah merupakan pelajar Semester Enam jurusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat. Beliau antara pelajar yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pengajian hafazan dan sentiasa menjadikan prinsip 'terapkan disiplin yang tinggi dalam hafazan dan ulangan' sebagai kunci kejayaan.

Iklan

"Diharapkan pencapaian anak muda ini menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan pelajar lain agar tidak berputus asa dan terus berusaha menempuh cabaran dunia tahfiz," maklum kenyataan itu.

 

Iklan