Festival TV PSS'26 mula membahang

Iklan
Audio siar Bual Bestari bertajuk ‘Ada Apa Dengan TV PSS 2026?’ di semua saluran media sosial Sinar Bestari.

Tahun 2026 menandakan era baharu bagi dunia pendidikan digital di sekolah apabila TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) diperkenalkan sebagai platform interaktif untuk murid di peringkat rendah mahupun menengah.

Saluran ini bukan sekadar media hiburan tetapi ruang kreatif yang membolehkan murid meneroka bakat dalam penghasilan video, penyiaran, dan komunikasi digital.

Iklan
Iklan

Melalui platform itu, murid diberi peluang belajar sambil berkarya, merakam berita, menyusun dokumentari dan menghasilkan program menarik yang boleh memupuk kreativiti, keyakinan diri serta kemahiran abad ke-21.

Inisiatif inilah yang akan membuka mata murid kepada dunia teknologi media sambil menekankan nilai kolaboratif, kritis dan keberanian bersuara.

Iklan

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli ke Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Geno, Subang Jaya pada tahun lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Mokhtar Wahid berkata, TV PSS tahun ini akan memberi pendedahan awal kepada dunia media dan peluang kerjaya dalam industri kreatif.

Iklan

Menurutnya, program ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mendidik, membina jati diri dan membuka ruang untuk murid menonjolkan bakat mereka secara kreatif.

“Inilah satu platform di mana kita boleh mencungkil pemimpin daripada kalangan anak-anak kita ini dan juga mencari mereka yang boleh menghasilkan bahan daripada murid untuk murid.

“Kadang-kadang apabila kita tengok kawankawan buat bahan atau video, lebih tertarik kerana mereka menghasilkan bahan itu untuk kawan dia.

“Jadi, itulah konsep yang boleh dihasilkan murid sesuai dengan corak pemikiran murid-murid lain,” katanya dalam sesi audio siar Bual Bestari bertajuk ‘Ada Apa Dengan TV PSS 2026?’ di semua saluran media sosial Sinar Bestari.

Kemanusiaan, kemasyarakatan tema tahun ini

Dalam arus deras pembangunan teknologi dan pendidikan, nilai kemanusiaan sering teruji tanpa disedari.

Kata Mokhtar, tema kemanusiaan, kemasyarakatan dan saling menghormati dipilih sebagai fokus utama tahun ini bagi mengingatkan warga sekolah bahawa kemajuan tidak seharusnya menghakis sifat insaniah.

Menurutnya, dalam dunia semakin bergantung dengan kecerdasan buatan (AI), manusia kini berdepan realiti baharu apabila interaksi semakin banyak berlaku melalui skrin bukan secara bersemuka.

“Kegusaran timbul apabila generasi muda terlalu hanyut dalam dunia siber sehingga lupa pentingnya hubungan sesama insan seperti bertegur sapa, bekerjasama dan menghormati perbezaan.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan untuk melihat reruai daripadabeberapa sekolah.

“Kalau kita nak bercakap dengan AI sahaja seolah-olah kita tidak perlukan apa-apa lagi dah.

“Murid mungkin tidak perlukan cikgu lagi sebab semuanya boleh menggunakan AI, tetapi inilah yang kita hendak angkat semula supaya anak-anak sedar bahawa teknologi bukanlah semua yang diperlukan dalam hidup,” katanya.

Jelas Mokhtar, teknologi memudahkan pembelajaran, mempercepatkan akses maklumat dan peluang tanpa sempadan. Bagaimanapun, ujarnya, pendidikan bukan sekadar alat dan sistem, sebaliknya proses membentuk manusia seimbang emosi, nilai dan keperibadian.

“Melalui kemasyarakatan dan saling menghormati inilah, murid diasuh berinteraksi, membina empati dan insan yang berakhlak serta berperanan dalam masyarakat,” katanya.