Atlet pendidikan khas raih emas di World Sport Education Athletics Open 2026

Iklan
Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Malaysia apabila Haikal berjaya mengetepikan cabaran dari atlet-atlet elit kategori terbuka dari negara Asia Pasifik.

Laungan kemenangan sekali lagi bergema apabila atlet Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai, Johor mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila membawa pulang pingat emas dalam World Sport Education Athletics Open 2026 yang berlangsung di Stadium Olahraga Mount Austin Johor.

Haikal Mohamad Khir, dinobat sebagai juara selepas membuat lompatan sejauh 6.55 meter dalam acara lompat jauh kategori terbuka.

Iklan
Iklan

Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Malaysia apabila Haikal berjaya mengetepikan cabaran dari atlet-atlet elit kategori terbuka dari negara Asia Pasifik.

Selain itu juga, pencapaian tersebut menjadi bukti bahawa dengan tekad dan usaha mampu mengatasi cabaran di mana atlet pendidikan khas juga boleh bersinar di pentas tertinggi.

Iklan

Sementara itu, Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Pasir Gudang menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur di atas kejayaan Haikal.

Iklan

"Alhamdulillah, Haikal sekali lagi meraih prestasi terbaik dalam arena olahraga. Ini semua berkat usaha gigih Haikal dalam sesi latihan dan pastinya, ini juga berkat doa orang tua serta sokongan padu dari pihak sekolah dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat.

"Kejohanan ini adalah pentas persediaan bagi Haikal untuk menghadapi cabaran yang lebih tinggi dan berprestij di kejohanan yang seterusnya," katanya.

Sebelum ini, Haikal meraih kejayaan dalam acara lompat jauh di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM 2025 apabila catatan lompatan 6.62 meternya menjadi rekod baharu kejohanan sekaligus menghadiahkan emas ke Negeri Johor.

Setiap kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk semua murid pendidikan khas meraih prestasi dan mencipta nama dalam apa jua bidang yang disertai.

Untuk makluman, WSE Atletics Open adalah rangkaian kejohanan olahraga Athletics (track and field) internasional yang terbuka untuk semua kalangan, bermula dengan kategori amatir hingga profesional lintas usia yang telah berpusat di pelbagai benua termasuk benua Asia dan Eropah.

Maklumat penulis: Rozak Hadi