'Dulu latihan, kini puasa sebenar!'

Iklan
Dari kiri (atas), Muhammad Rusydi, Nur Falisha Sabrina dan Nur Aqeif manakala (bawah) Afeeya Nafisya, Athar Riaz Rizqi, Hannan Fudhla dan Muhammad Jebat Akif.

Debaran Ramadan mula terasa sebaik sahaja anak bulan kelihatan di langit beberapa hari lalu.

Inilah antara detik yang dinanti-nantikan oleh sebahagian murid sekolah terutama Tahap Satu yang berpeluang mencuba berpuasa buat pertama kali.

Iklan
Iklan

Wajah masing-masing jelas memancarkan keterujaan, ada yang tidak sabar mahu bangun sahur sendiri, malah berjanji mahu berpuasa penuh walaupun baru pertama kali mencuba.

Di sekolah, mereka semestinya saling berkongsi cerita tentang persiapan sahur, menu kegemaran semasa berbuka dan pengalaman menunaikan solat sunat tarawih di surau mahupun masjid.

Iklan

Sinar Bestari bersama mereka bagi menghidupkan mood berpuasa!

1)"Ramadan kali ini, saya memohon agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa saya dan keluarga, membentuk menjadi anak yang berbakti, mengurniakan kemudahan dalam hafazan dan pelajaran." - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, Muhammad Rusydi Muhammad Firdaus, 14.

Iklan

2)"Puasa mengajar saya erti menahan lapar dan dahaga. Walaupun mencabar, seronok kerana dapat berbuka puasa bersama keluarga dan merasai kegembiraan bersama mereka." - Murid SK Kampung Chengal, Kelantan, Nur Falisha Sabrina Md Sabri, 10.

3)"Ini tahun pertama saya nak cuba berpuasa di bulan Ramadan. Ramai yang berjanji jika saya mampu berpuasa, mereka akan berikan duit raya. Ibu dan ayah pun tidak marah kalau saya tak berpuasa tapi tetap nak sahut cabaran." - Murid SK (Felda) Serting, Nur Aqeif Nur Muhammad Mustaqeem, 7.

4)"Saya berazam puasa separuh hari dan khatam al-Quran. Doakan semuanya dipermudahkan." - Murid SK Seri Ketereh, Kelantan, Afeeya Nafisya Mohd Azzfar, 7.

5)"Saya rasa seronok sebab boleh makan sama-sama dengan ibu dan ayah semasa sahur. Memang ibu dan ayah pesan, kalau tidak larat boleh sahaja berbuka tetapi saya sedaya upaya mencuba untuk tahan. 

"Apabila balik sekolah, saya rasa tak sabar nak ajak ayah ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka." - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Kurshiah, Athar Riaz Rizqi Putra Mohd Zahir, 7.

6)"Doa saya pada Ramadan ini agar ALLAH beri hati yang cintakan al-Quran, istiqamah menghafaz dan murajaah serta permudahkan urusan menjadi hafizah berakhlak mulia.

"Saya juga berdoa agar ibu bapa dan guru sentiasa dalam rahmat dan keampunan ALLAH." - Pelajar SMKA Kedah, Hannan Fudhla Mohd Ridzuan, 14.

7)"Saya rasa pengalaman berpuasa waktu sekolah memang manis tapi juga sangat mencabar. Walaupun kena bangun sahur awal, lepas itu solat dan terus bersiap ke sekolah dalam keadaan mengantuk, tetap semangat nak puasa.

"Waktu pagi saya masih rasa bertenaga, tetapi bila hampir tengah hari mula rasa lapar dan dahaga.

"Namun saya tetap kuatkan hati sebab nak puasa penuh. Paling seronok bila balik sekolah, tengok jam dan sedar tinggal beberapa jam saja lagi nak berbuka." - Murid SK (Felda) Serting, Muhammad Jebat Akif Mohd Jamal Haffize, 11.