Dua pelajar KYSM Melaka juara SSYS 2026, bukti anak Malaysia mampu berinovasi!

Iklan
Rayyan Harith (kiri) dan Al Hyfzul Imran (kanan) melakar pencapaian gemilang yang membanggakan KYSM sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia bersaing di peringkat serantau.

Dua pelajar Tingkatan Empat Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) mengharumkan nama kolej apabila muncul sebagai juara dalam tiga daripada tujuh kategori pada Kongres Serantau ke-14 - Pencarian Saintis Muda SEAMEO (SSYS) 2026.

Pelajar cemerlang itu, Rayyan Harith Ahmad Rozley dan Al Hyfzul Imran Azaiddin, melakar sejarah dengan pencapaian gemilang mereka yang bukan sahaja membanggakan KYSM tetapi juga mencerminkan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing di peringkat serantau.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media KYSM, pencapaian itu adalah hasil daripada dedikasi, ketekunan dan semangat inovasi mereka, sejajar dengan misi KYSM untuk melahirkan pelajar seimbang dan berprestasi tinggi, bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam kokurikulum.

Iklan

"Kejayaan Rayyan dan Al Hyfzul di SSYS 2026 diharapkan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

"Ini termasuk memberi peluang untuk mereka menyumbang secara bermakna ke arah pembangunan negara yang progresif dan lestari," maklum kenyataan itu.

Iklan

Untuk info, Kongres Serantau ke-14 - Pencarian Saintis Muda SEAMEO (SSYS) 2026 merupakan platform berprestij untuk pelajar-pelajar muda menyemai bakat saintifik dan inovatif, memupuk kreativiti serta membina kemahiran penyelesaian masalah secara kritikal, di samping memperkukuh semangat kerjasama dan persaingan sihat.

INFO

Anugerah dan pencapaian KYSM yang pernah diraih

  • Anugerah Emas - Anugerah Khas Kreativiti / Inovasi + Geran Permulaan USD 500
  • Anugerah Emas - Anugerah Khas Potensi Komersial + Geran Permulaan USD 500
  • Anugerah Emas - Anugerah Cemerlang untuk Pembentangan
  • Anugerah Perak - Anugerah Khas Manfaat kepada Komuniti
  • Anugerah Perak - Anugerah Khas Laporan Projek
  • Anugerah Perak - Aplikasi Konsep STEM
  • Anugerah Gangsa - Anugerah Cemerlang untuk Pameran Projek