Pelajar Darul Quran JAKIM kongsi rahsia hafazan yang kekal dalam ingatan!

Iklan
Sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (kategori pelajar perempuan) sempena Majlis Khatam Hafazan Program Diploma baru-baru ini, Nur Farhani mengakui guru-guru terutamanya Ustaz Ibrahim Abdullah, memainkan peranan penting dalam membentuk semangat dan disiplin hafazannya. Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Mengimbangi akademik dan hafazan bukan tugas mudah, tetapi bagi pelajar Darul Quran JAKIM, Nur Farhani Mat Zahir, 21, ia bukan penghalang untuk cemerlang dalam kedua-duanya.

Menurut beliau, perjalanan menghafaz al-Quran penuh cabaran dan ia jauh lebih sukar daripada apa yang disangka ramai.

Iklan
Iklan

"Salah satu cabaran terbesar adalah pengurusan masa. Saya perlu membahagikan masa antara hafazan, ulang kaji, tugasan akademik dan aktiviti lain.

"Untuk mencapai sasaran harian, saya sering mengurangkan masa rehat dan menumpukan sesi tasmik iaitu membaca hafazan di hadapan guru atau rakan. Teknik ini membantu saya mengesan kesalahan dan memperbaiki hafazan," katanya.

Iklan

Beliau menambah, susunan jadual murajaah (ulang kaji hafazan) secara berkala penting supaya hafazan baru tidak mudah terlupa.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Iklan

Malah, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini turut menekankan disiplin dan kesungguhan sebagai kunci kejayaannya.

Sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (kategori pelajar perempuan) sempena Majlis Khatam Hafazan Program Diploma baru-baru ini, Nur Farhani mengakui guru-guru terutamanya Ustaz Ibrahim Abdullah, memainkan peranan penting dalam membentuk semangat dan disiplin hafazannya.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

"Mereka sentiasa memberi bimbingan, nasihat dan dorongan. Semoga ALLAH merahmati dan membalas jasa guru-guru saya dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat," katanya yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang Qiraat di Mesir, selaras dengan minat mendalamnya terhadap ilmu al-Quran.

Berkongsi pengalaman, beliau menasihati pelajar lain agar sentiasa memperbaharui niat menghafal al-Quran semata-mata kerana ALLAH.

Selain itu, doa dan restu ibu bapa serta kesungguhan dalam mengamalkan al-Quran, sangat penting agar hafazan kekal dalam ingatan dan menjadi bekalan sepanjang hayat.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM