Pelajar Kolej Komuniti Rembau jayakan Program Nuzul Quran dan Khatam al-Quran

Iklan
Program bertujuan menyemarakkan penghayatan terhadap al-Quran dalam kalangan pelajar di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang bermanfaat.

Bulan Ramadan sering dijadikan ruang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan bagi mengimarah dan menyemarakkan penghayatan terhadap nilai-nilai Islam.

Bukan sahaja di peringkat sekolah, malah institusi pengajian tinggi seperti kolej komuniti turut mengambil peluang mengadakan program kerohanian yang memberi manfaat kepada pelajar sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Kolej Komuniti Rembau menganjurkan Program Nuzul Quran dan Khatam al-Quran Peringkat Daerah Rembau yang disertai seramai 34 pelajar daripada dua program pengajian iaitu Sijil Agroteknologi serta Sijil Fesyen dan Pakaian. 

Iklan

Program yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Rembau dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Daerah Rembau itu diketuai oleh Ustazah Fazlina Fadzil selaku pengarah program.

Menurut kenyataan media, program berkenaan bertujuan menyemarakkan penghayatan terhadap al-Quran dalam kalangan pelajar di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang bermanfaat.

Iklan

"Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang menamatkan bacaan al-Quran secara berjemaah, malah dapat menghayati makna serta kepentingan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian," maklumnya. 

Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, pihak McDonald’s Rembau turut memberikan sumbangan moreh kepada para pelajar yang terlibat. Sumbangan tersebut amat dihargai dan telah menambah kemeriahan serta keberkatan program yang dianjurkan.

Sementara itu, majlis turut diserikan dengan ceramah khas sempena Nuzul Quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Majlis Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (MAHEINS).

Ceramah tersebut memberikan pengisian berkaitan kepentingan memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian, selain mengingatkan pelajar tentang peranan generasi muda dalam memelihara kesucian kitab suci berkenaan.