Duit raya, ilmu wang

Iklan

Setiap kali Syawal menjelma, sampul berisi duit raya menjadi antara detik paling dinanti-nantikan oleh anak-anak.

Wajah ceria, tangan kecil yang tidak sabar membuka sampul dan bunyi kiraan wang sering mewarnai kemeriahan hari raya.

Iklan
Iklan

Namun bagi murid, duit raya bukan sekadar simbol kegembiraan Aidilfitri.

Ia juga boleh menjadi peluang awal untuk belajar mengenal nilai wang dan mengurus perbelanjaan sendiri.

Iklan

Ada yang terus membeli barangan diidamkan, manakala sebahagian lagi memilih untuk menyimpan sebagai tabungan masa hadapan.

Dengan dorongan ibu bapa atau guru-guru yang betul, duit raya boleh menjadi langkah pertama membina disiplin kewangan murid-murid sejak di bangku sekolah.

Iklan

Sempena bulan yang dinanti-nantikan ini, Sinar Bestari cuba untuk membantu murid-murid menguruskan duit raya dengan lebih bijak.

Jom, kira duit raya!