Bengkel TV PSS asah bakat kreatif

Iklan

Suasana ceria dan penuh keterujaan jelas terpancar di wajah semua peserta apabila program ini menjadi platform untuk meneroka minat serta bakat masing-masing dalam dunia kreatif yang semakin mendapat perhatian. 

Guru Penasihat Kelab Fotografi dan Media, Ras Adiza Jafri berkata, pelbagai ilmu praktikal dikongsikan termasuk teknik penggunaan kamera, sudut rakaman video yang menarik dan asas suntingan foto serta video. 

Iklan
Iklan

“Apabila tengok reaksi pelajar, memang nampak mereka seronok. Ada yang tidak menyangka rakaman video pun ada teknik tertentu untuk nampak lebih menarik dan profesional. 

“Apabila melihat hasil kerja untuk tugasan mereka, saya juga tak sangka yang pelajar-pelajar ini sebenarnya ada idea dan bakat. 

Iklan

“Jadi, kami boleh lihat dan asah lagi bakat masing-masing,” katanya kepada Sinar Bestari selepas bengkel berkenaan selesai. 

Kata Ras Adiza lagi, pendedahan ini sangat penting kerana kebanyakan murid sudah biasa dengan dunia digital, namun kurang didedahkan dengan teknik yang betul. 

Iklan

“Sekarang ini, kamera dan video adalah medium utama. Jadi bila mereka belajar cara yang betul, ia membuka minda mereka bahawa apa yang mereka buat selama ini boleh dipertingkatkan lagi,” ujarnya. 

Lebih menarik, ada dalam kalangan pelajar yang sebelum ini hanya mencuba secara suka-suka, kini mula melihat potensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang tersebut. 

Dalam masa sama, pihak sekolah berharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan agar lebih ramai murid mendapat manfaat. 

“Kami sangat alu-alukan jika Sinar Bestari hendak datang lagi. Program seperti ini bukan sahaja beri ilmu, tetapi juga cetus minat dan keyakinan dalam diri pelajar,” katanya.