MSU cemerlang di peringkat dunia

Iklan
MSU menerima penarafan 5 Bintang QS Stars Rated Excellence merangkumi pengajaran, kemudahan, kebolehpasaran graduan dan impak sosial.

Lonjakan ranking QS bukti kualiti akademik dan kebolehpasaran graduan

Management and Science University (MSU) terus membuktikan kecemerlangannya apabila tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) by Subject 2026.

Ia sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf global.

Iklan
Iklan

Dalam edisi terbaharu itu, MSU disenaraikan dalam empat bidang utama iaitu Arts & Humanities, Social Sciences & Management, Engineering & Technology serta Life Sciences & Medicine.

Pencapaian ini mencerminkan kekuatan menyeluruh universiti dalam pelbagai disiplin akademik.

Iklan

Sebanyak lima subjek MSU tersenarai tahun ini, menunjukkan peningkatan konsisten dari segi kualiti pengajaran, kecemerlangan penyelidikan serta kerelevanan industri.

Bidang Social Sciences & Management berada dalam kelompok 325 terbaik dunia, manakala Business & Management Studies melonjak 89 anak tangga ke kedudukan 112 terbaik dunia.

Iklan

Selain itu, Arts & Design di kelompok 201 hingga 300 terbaik dunia, manakala Computer Science & Information Systems mencatat peningkatan ketara sebanyak 350 kedudukan untuk berada dalam kelompok 351 hingga 400 terbaik dunia.

Bidang Life Sciences & Medicine pula berada dalam kelompok 701 hingga 850 terbaik dunia, sementara Accounting & Finance mencipta pencapaian sulung dalam kelompok 251 hingga 300 terbaik dunia.

Kejayaan ini melengkapkan pencapaian MSU dalam QS World University Rankings 2026 apabila berada dalam kelompok 597 universiti terbaik dunia serta kekal dalam QS Top 50 Under 50 Rankings.

Di peringkat serantau, MSU menduduki tangga ke-125 di Asia dan ke-30 di Asia Tenggara dalam QS Asia University Rankings.

Komitmen universiti dalam melahirkan graduan berkualiti turut terserlah apabila berada dalam kelompok 301+ QS Graduate Employability Rankings.

Malah, MSU turut menerima penarafan 5 Bintang QS Stars Rated Excellence merangkumi aspek pengajaran, kemudahan, kebolehpasaran graduan dan impak sosial.

Melalui kerjasama dengan lebih 3,000 rakan industri serta 500 institusi pendidikan tinggi di lebih 40 negara, MSU terus memperkukuh ekosistem pembelajaran holistik.

Inisiatif seperti Graduate Employability Skills (GEmS) dan Personal Enrichment Competencies (PEC) turut membantu pelajar menjadi graduan berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.