Sunway University pilihan berani kejar impian

Iklan

Platform terbaik membina masa depan melalui pendidikan bertaraf antarabangsa

Peluang meneroka hala tuju pendidikan semakin terbuka apabila pelajar dan ibu bapa berpeluang melihat sendiri kemudahan serta program yang ditawarkan oleh Sunway University.

Lebih daripada sekadar kampus, universiti ini menjadi pintu masuk kepada dunia pendidikan bertaraf global.

Iklan
Iklan

Dilengkapi fasiliti moden seperti makmal berteknologi tinggi, ruang pembelajaran interaktif dan persekitaran kondusif, Sunway University menawarkan pengalaman pembelajaran yang bukan sahaja selesa, malah relevan dengan keperluan masa kini.

Kedudukan cemerlang universiti ini turut dibuktikan apabila diiktiraf sebagai nombor satu di Malaysia bagi kebolehpasaran graduan selama lima tahun berturut-turut serta nombor satu universiti swasta di ASEAN.

Iklan

Kekuatan universiti ini turut terletak pada barisan tenaga pengajarnya yang terdiri daripada pakar industri dan ahli akademik berpengalaman.

Pendekatan pembelajaran yang praktikal memberi kelebihan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran sebenar sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Iklan

Sepanjang program berlangsung, sesi ‘Pathway After SPM/IGCSE’ yang diketuai Pengarah Pengajian Pra Universiti, Profesor Cheng Mien Wee, turut menjadi tarikan utama apabila pengunjung didedahkan dengan pelbagai laluan pendidikan termasuk program asasi, diploma dan ijazah.

Tidak terhenti di situ, pengunjung turut diperkenalkan dengan bidang pengajian popular seperti Professional Accounting, Business, Medicine dan Fashion, semuanya dirangka dengan fokus kepada kebolehpasaran graduan.

Lebih mengukuhkan reputasi globalnya, Sunway University menjalin kerjasama dengan universiti berprestij seperti Lancaster University, Arizona State University dan Le Cordon Bleu, sekali gus membuka peluang pembelajaran bertaraf antarabangsa kepada para pelajar.

Lebih menarik lagi, institusi pendidikan tinggi pilihan ramai ini mempunyai hubungan kukuh dengan industri luar yang membezakan dengan institusi pendidikan tinggi lain.

Pensyarah memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada pelajar untuk menggunakan fasiliti yang disediakan.

Pelajar berpeluang menjalani latihan industri, terlibat dalam projek kolaborasi dan membuka pintu kepada kerjaya di peringkat global.

Dalam masa sama, suasana kampus yang inklusif dan kepelbagaian komuniti menjadikan pengalaman belajar lebih bermakna, khususnya bagi pelajar Melayu yang ingin mencabar diri dalam persekitaran antarabangsa.

Jelasnya, Sunway University bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi platform terbaik untuk melakar masa depan yang gemilang.

Perkembangan universiti ini juga terus diperkukuh melalui peluasan ke Sunway Square, yang dijangka menambah nilai kepada ekosistem pembelajaran serta kemudahan sedia ada.

Penganjuran hari terbuka ini dapat memperkenalkan kampus, sekali gus menjadi titik permulaan kepada perjalanan masa depan generasi muda.

Tahap pendidikan berkualiti

Sunway University terus menonjol sebagai institusi pilihan dengan menawarkan tahap pendidikan yang tinggi dan berkualiti kepada para pelajarnya.

Dengan pendekatan pembelajaran yang menekankan kecemerlangan akademik serta kemahiran praktikal, ia dilihat mampu melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

Menurut pelajar dalam bidang perakaunan, Sharifah Nur Azizah Syed Mohd Ali Saipuddin, 19, antara kelebihan utama ialah kerjasama strategik dengan empat firma terbesar iaitu EY, Deloitte, KPMG dan PWC.

Antara fasiliti yang disediakan untuk kemudahan pelajar Sunway University. (Gambar kecil Umar Farid dan Syarifah Nur Azizah).

“Jalinan ini membuka peluang kepada pelajar untuk membina laluan kerjaya yang lebih jelas dan berdaya saing.

“Selain itu, kemudahan yang disediakan turut menjadi faktor penting dalam menyokong pengalaman pembelajaran.

“Perpustakaan di Sunway University, misalnya, menawarkan suasana yang selesa, moden serta dilengkapi pelbagai sumber rujukan yang komprehensif,” katanya.

Bukan sekadar kampus, tetapi sebuah bandar

Peluang melanjutkan pengajian di Sunway College menjadi kenyataan apabila Umar Farid Umar Khalis, 20, menerima tajaan daripada agensi kerajaan sekali gus membuka laluan untuk merasai sendiri pengalaman belajar dalam persekitaran bertaraf dunia.

Pelajar bidang Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) itu berkata, salah satu tarikan utama di universiti berkenaan ialan padang bola sepak yang mendapat pengiktirafan daripada International Association Football Federation (FIFA).

“Kemudahan bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar untuk aktif dalam sukan, malah mencerminkan komitmen universiti dalam menyediakan persekitaran seimbang antara akademik dan kokurikulum.

“Lebih menarik, persekitaran Sunway University lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, taman rekreasi dan akses yang mudah menjadikannya seakan sebuah bandar mini.

“Pelajar dapat bergerak dengan mudah antara kampus dan lokasi sekitar sekali gus mewujudkan pengalaman hidup yang lebih dinamik dan praktikal,” katanya.

Pelajar menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. (Gambar kecil Airil Emir Rizqi dan Hamimah).

Reaksi

"Saya mula mengetahui mengenai Sunway University ini daripada kawan yang sedang belajar di sini. Dia banyak menceritakan tentang fasiliti, keseronokan belajar dan kemudahan yang ada. Saya mula tertarik dan memberitahu ibu bapa untuk sambung belajar di Sunway University. Sunway University ini antara pilihan yang terbaik untuk saya. Ia mempunyai banyak kerjasama strategik dengan syarikat dalam dan di luar negara. Sunway University ini juga antara yang berprestij.” - Pengunjung lepasan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), Airil Emir Rizqi Zulhilmi, 16.

"Saya berada di Sunway University hari ini kerana anak saya yang mengimpikan untuk menyambung pelajaran. Jadi, kami dibawa untuk lawatan kampus. Selepas mengikuti lawatan kampus di Sunway University, saya yakin bahawa anak saya akan mendapat pendidikan dan kerjaya yang diimpikan. Saya juga dah melawat perpustakaan di Sunway University yang dibuka 24 jam sehari. Ia sesuai untuk dijadikan lokasi untuk belajar sehingga lewat malam di kawasan yang selamat. Anak saya akan mempunyai pembelajaran yang mudah dan masa hadapan yang cerah.” - Pengurus besar syarikat swasta, Hamimah Othman, 47.