Polis siasat laporan anak Ako Mustapha, dakwa dibuli di sekolah

Iklan
Polis mengesahkan menerima laporan anak pelakon, Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju.

Polis mengesahkan menerima laporan anak pelakon, Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Iklan
Iklan

"Siasatan berhubung kejadian itu masih berjalan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Pada Rabu, media melaporkan pelakon, Ako Mustapha mendakwa anak lelakinya, Mika, menjadi mangsa buli.

Iklan

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, memaklumkan kejadian itu membabitkan lima murid iaitu dua murid senior dan tiga rakan sekelas.

Menurut Ako, kejadian yang menimpa anaknya yang berusia 10 tahun itu hanya disedari selepas Mika pulang dari sekolah dan selesai mandi.

Iklan