Maritim: Laluan berani generasi baharu!

Iklan

Dalam dunia yang dipacu teknologi dan perdagangan global, lautan bukan lagi sekadar pemisah benua, sebaliknya menjadi nadi utama pergerakan ekonomi dunia.

Di sinilah lahirnya satu bidang yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda iaitu pengajian maritim.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, kursus seperti ‘Electrical Marine’ yang ditawarkan turut memperlihat keunikan tersendiri apabila menggabungkan kepakaran elektrik dengan keperluan sebenar industri maritim moden.

Daripada pembelajaran berasaskan praktikal hingga kepada pendedahan teknologi terkini, program ini dilihat mampu melahirkan tenaga mahir yang bersedia mendepani cabaran dunia sebenar.

Iklan

Persoalannya, sejauh manakah bidang ini benar-benar mampu membentuk masa depan pelajar?

Apakah cabaran dan kelebihan yang menanti mereka yang berani memilih laluan ini?

Iklan

Ikuti kupasan Sinar Bestari untuk menyelami dengan lebih dekat dunia pengajian maritim.

Jom, kita selam!