Dalam dunia yang semakin pantas dan dikuasai skrin, masihkah buku mampu menjadi nadi pembentukan generasi masa depan?
Persoalan ini menjadi titik mula kepada sambutan Hari Buku Sedunia yang diraikan penuh makna di seluruh negara pada minggu lalu.
Sempena itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan inisiatif 10 Minit Membaca Bersama, satu gerakan serentak yang menghimpunkan murid, guru dan warga pendidikan dalam satu momen membaca yang sama.
Dengan sokongan Perbadanan Kota Buku (PKB) usaha itu bukan sekadar aktiviti simbolik, sebaliknya langkah membudayakan ilmu dalam kehidupan.
Lebih daripada sekadar membaca, ia menyemai pemikiran kritis, kreativiti dan cinta terhadap ilmu.
Sinar Bestari kupaskan lebih banyak kebaikan membaca buku yang mampu mengubah landskap pendidikan negara.
Jom, bangkitkan budaya membaca buku!