Sedang jalani latihan industri di Airbus Perancis, Danial Hakim buktikan anak Malaysia mampu terbang tinggi!

Iklan
Pencapaian terkini Danial Hakim cukup membanggakan apabila sedang mengikuti latihan industri tahun akhir selama enam bulan di Airbus SAS, Perancis, sebuah syarikat penerbangan bertaraf dunia yang menjadi impian ramai pelajar kejuruteraan.

Anak muda kelahiran Kuantan, Pahang ini memang ‘bukan kaleng-kaleng’ dari segi akademik.

Mana tidaknya, pencapaian terkininya cukup membanggakan apabila sedang mengikuti latihan industri tahun akhir selama enam bulan di Airbus SAS, Perancis, sebuah syarikat penerbangan bertaraf dunia yang menjadi impian ramai pelajar kejuruteraan.

Iklan
Iklan

Satu pencapaian yang benar-benar luar biasa!

Menurut Danial Hakim Shamsul Hikma, pemilihan syarikat tersebut selari dengan minat yang mendalam dalam bidang aeronautik, selain membuka peluang luas untuknya menimba pengalaman secara langsung dalam industri sebenar.

Iklan

"Peluang ini bukan sahaja satu pencapaian besar buat saya, malah menjadi platform untuk terus mencabar diri dan menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang yang diminati," katanya. 

Berdasarkan perkongsian Facebook MARA Frankfurt, Danial Hakim merupakan penerima tajaan di bawah Program Pembangunan Bakat Muda (YTP MARA) yang memulakan pendidikan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Iklan

Di situlah asas kecemerlangan akademiknya mula dibina sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Foundation in Engineering di Universiti Kuala Lumpur Malaysian French Institute (UniKL MFI).

Langkahnya kemudian diteruskan ke Perancis apabila mengikuti pengajian Diploma Universiti Teknologi (DUT) Génie Mécanique et Productique di IUT d’Aix-Marseille dari tahun 2021 hingga 2023.

Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Génie Industriel di Université de Technologie de Belfort-Montbéliard bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Dengan pengkhususan dalam Quality & Performance Industrielle serta Logistique & Organisation Industrielle, Danial Hakim terus mengasah kepakaran untuk bersaing di peringkat global.

Untuk info, YTP MARA merupakan program penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat khusus untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui program ini, pelajar berpeluang menyambung pengajian bermula dari peringkat persediaan sehingga ke ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih, sama ada di dalam atau luar negara.

Menariknya, pembiayaan ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana sebahagian atau keseluruhan pinjaman boleh ditukar bergantung kepada prestasi akademik pelajar.