Rahsia Syazlan Putra raih 9A+ SPM 2025! 'Koleksi tip diamalkan pelajar genius ini, memang luar biasa'

Iklan
Syazlan Putra bersama ibu bapanya yang sentiasa menjadi tulang belakang, memberi sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan menghadapi SPM. Foto: TikTok alan

Nama Muhamad Syazlan Putra Sazli bukan lagi asing dalam dunia pendidikan, selepas video dirinya yang petah bercakap, berucap dan melontarkan idea ketika perhimpunan sekolah serta pelbagai program tular di media sosial.

Namun di sebalik populariti itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, Pulau Pinang ini membuktikan bahawa kecemerlangan akademik juga mampu digapai apabila usaha, disiplin dan konsistensi menjadi pegangan.

Iklan
Iklan

Terbaharu, Syazlan Putra yang baru menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjaya meraih keputusan cemerlang 9A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Tasawwur Islam.

Foto: TikTok alan

Iklan

Menerusi hantaran di TikTok peribadinya 'alan', Syazlan Putra berkongsi beberapa tip pembelajaran yang diamalkannya sepanjang persediaan SPM sebagai panduan dan inspirasi kepada pelajar lain.

Antara petuanya adalah seperti berikut:

Iklan

1) Subjek Bahasa Melayu

Kertas 1 (Karangan)

  • Perbanyakkan membaca, khususnya ketika di Tingkatan 4. Bacalah pelbagai bahan, terutamanya artikel berita setiap hari. Insya-Allah, ini dapat membantu menjana idea untuk penulisan. Amalkan teknik SMSTF/IMBAK/IMBAKUP/PCBIH mengikut jenis karangan serta kaedah yang diajar oleh guru.

Kertas 2 (Pemahaman)

  • Lakukan sebanyak mungkin latihan soalan percubaan. Jangan abaikan bahan edaran yang diberikan oleh guru. Fokus kepada soalan 6, 7, 8 dan 9 kerana bahagian ini menawarkan lebih banyak peluang untuk memperoleh markah. Elakkan beranggapan bahawa soalan tersebut terlalu sukar untuk dijawab, seperti soalan bahasa standard.

Foto: TikTok alan

Kertas 3 (Bertutur)

  • Pastikan memahami format ujian bertutur semasa. Amalkan teknik IMBAK/IMBAKUP sebagai panduan. Teknik ini bukan untuk dihafal secara kaku, tetapi sebagai rangka idea yang membantu. Berlatihlah bertutur dengan tenang dan bersahaja. Selain itu, bina hubungan yang baik dengan rakan sekumpulan dan amalkan sikap saling membantu. Insya-Allah, dengan izin-Nya, segala usaha akan dipermudahkan.

Kertas 4 (Mendengar)

  • Seperti yang dipesan oleh Cikgu Fatimah, tuliskan apa yang didengar, bukan apa yang difahami sendiri. Berikan perhatian terhadap ejaan serta penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Susun jawapan mengikut turutan audio dan dengarlah dengan teliti.

Foto: TikTok alan

2) Subjek Bahasa Inggeris

Kertas 1 (Pemahaman dan Penggunaan Bahasa)

  • Lakukan latihan kertas percubaan dari semua negeri. Jika tidak faham, segera rujuk dan bertanya kepada guru. Pastikan anda membuat latihan sehingga benar-benar mahir, iaitu mampu memperoleh markah dalam lingkungan 36 - 40. Setiap kesalahan hendaklah diperbetulkan sendiri dengan menulis sebab kesalahan dan alasan jawapan yang betul.

Kertas 2 (Penulisan)

  • Pastikan Bahagian 1 mendapat markah penuh, Bahagian 2 sekurang-kurangnya 18 markah, dan Bahagian 3 sekurang-kurangnya 15 markah. Gunakan tatabahasa yang tepat kerana pemarkahan Bahagian 3 adalah ketat. Perkaya kosa kata dengan merujuk kamus atau tesaurus bagi mendapatkan perkataan yang sesuai. Minta guru menyemak karangan anda dan dapatkan pandangan mereka tentang cara penambahbaikan.

Foto: TikTok alan

Kertas 3 (Lisan)

  • Lakukan latihan bersama rakan secara berkala. Tentukan terlebih dahulu penanda wacana yang akan digunakan supaya tidak berulang dan membosankan. Perbanyakkan membaca dan catat perkataan baharu yang ditemui dalam kamus atau tesaurus.

Kertas 4 (Pendengaran)

  • Sebelum audio dimainkan, fokus kepada setiap soalan dan tandakan kata kunci. Fahami kehendak soalan terlebih dahulu. Apabila audio dimainkan, dengar dengan teliti dan tandakan jawapan. Catat sebab jawapan tersebut betul. Semasa ulangan audio kedua, semak semula jawapan berdasarkan apa yang didengar.

Foto: TikTok alan

Bagi calon SPM 2026, perkongsian ini boleh dijadikan panduan awal. Dengan persediaan yang konsisten dan strategi yang betul, kejayaan pasti lebih mudah digapai, insya-ALLAH.