Jurutera Kanan CFD di UK, Dr Aid Fawzal harumkan nama Malaysia dengan formula saintifik 'Nombor Fawzal'

Iklan
Dr Aid Fawzal berjaya membangunkan formula saintifik dikenali sebagai Indeks Prestasi Penyejuk atau 'Nombor Fawzal' (Fa). Formula tersebut digunakan untuk menilai prestasi sistem penyejukan mesin elektrik berprestasi tinggi bagi kegunaan supercar dan hypercar di peringkat global.

Mencipta sesuatu formula saintifik bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan penyelidikan mendalam, ketelitian tinggi dan kesungguhan luar biasa sebelum sesuatu penemuan itu dapat diterima serta digunakan secara meluas.

Namun bagi Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau lebih dikenali sebagai Dr Aid Fawzal, segala usaha dan pengorbanan itu akhirnya membuahkan hasil apabila formula ciptaannya kini digunakan dalam industri automotif antarabangsa.

Iklan
Iklan

Anak Malaysia itu berjaya membangunkan satu formula saintifik dikenali sebagai Indeks Prestasi Penyejuk atau 'Nombor Fawzal' (Fa).

Apa yang lebih membanggakan, formula tersebut digunakan untuk menilai prestasi sistem penyejukan mesin elektrik berprestasi tinggi bagi kegunaan supercar dan hypercar di peringkat global.

Iklan

Menurut beliau, sistem penyejukan memainkan peranan amat penting dalam memastikan prestasi sesebuah kenderaan elektrik atau electric vehicle (EV) berada pada tahap optimum.

Iklan

"Sama seperti enjin kereta biasa, mesin elektrik yang menggerakkan EV juga perlu disejukkan bagi mengekalkan prestasi, ketahanan dan jangka hayat mesin.

"Sistem penyejukan sedia ada mungkin mencukupi untuk kegunaan kereta harian, namun bagi kereta yang mementingkan prestasi tinggi seperti supercar dan hypercar, sistem penyejukan tambahan sangat diperlukan," katanya.

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari United Kingdom (UK) itu kini Jurutera Kanan CFD (Computational Fluid Dynamics) dan Pakar Aerodinamik Malaysia yang berpangkalan di UK.

Di sebalik pencapaian hebat tersebut, perjalanan akademik Dr Aid Fawzal turut menjadi inspirasi kepada generasi muda, khususnya pelajar yang berminat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tinjauan Sinar Bestari mendapati beliau pernah melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI) sebelum menyambung pengajian peringkat sarjana di Cranfield University, UK.

Beliau kemudian meneruskan kecemerlangan akademik apabila berjaya memperoleh PhD dari Coventry University, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Baru-baru ini, Dr Aid Fawzal turut dipilih sebagai panel speaker bagi Forum Pendidikan sempena Sambutan 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menerusi sesi perkongsian secara dalam talian itu, beliau berkongsi pengalaman, cabaran dan perjalanan kerjaya dalam dunia kejuruteraan bersama peserta serta panel-panel lain.