Pasukan TMC Dancer raih kemenangan besar di World Cup Of Folkloe 2026, Bulgaria

Iklan
Pasukan TMC Dancer KTETM yang berpusat di UKM disertai 10 pelajar yang menampilkan persembahan tarian rakyat diiringi dua guru iaitu Nadia Hanis dan Nur Bazlina Syakirin.

Pasukan TMC Dancer Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz (KTETM) yang menyertai Pertandingan Tarian Antarabangsa 11th World Cup of Folklore 2026 di Bulgaria dengan membawa mesej antirasuah telah memenangi empat kategori utama.

Empat kategori itu ialah Anugerah Emas Kategori Solo; Anugerah Emas Kategori Duo; Anugerah Emas Kategori Kumpulan dan Grand Prix untuk kategori Tarian serta Super Grand Prix untuk keseluruhan (World Championship).

Iklan
Iklan

Dalam pertandingan anjuran European Association of Folklore Festivals (EAFF), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Veliko Ternovo, Bulgaria menyaksikan penyertaan sebanyak 100 pasukan daripada tiga benua negara.

Pasukan TMC Dancer KTETM yang berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu disertai 10 pelajar yang menampilkan persembahan tarian rakyat diiringi dua guru iaitu Nadia Hanis Noordin dan Nur Bazlina Syakirin Ramli.

Iklan

Pasukan itu juga telah menjalani latihan intensif selama tujuh bulan yang dibimbing Muhammad Nazri Lanibi dan Muhammad Izwan Suhairi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengucapkan tahniah kepada Pasukan TMC Dancer KTETM dan memuji kesungguhan mereka berlatih walaupun sibuk dengan jadual kuliah masing-masing.

Iklan

Beliau berkata, program pencegahan rasuah menerusi kaedah seni kreatif memang mendapat sokongan daripada SPRM khususnya dalam usaha menyebarluaskan mesej antirasuah dan integriti.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli sebelum in dilaporkan berkata, pihaknya bekerjasama dengan KTETM dalam menyokong pasukan TMC Dancer KTETM untuk menjadikan seni kreatif sebagai salah satu medium penyebaran mesej antirasuah

Program itu adalah sebahagian inisiatif potongan cukai di bawah SPRM, yang turut mendapat kerjasama daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang menyokong usaha antirasuah dalam kalangan pelajar khususnya di Selangor selain membantu membawa mesej integriti menerusi kempen Keep Malaysian Clean di peringkat antarabangsa.