Buka ruang bakat media muda!

Iklan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor menjadi lokasi kedua Sinar Bestari bagi meneruskan usaha memperkasa kreativiti dan literasi media pada tahun ini.

Secara tidak langsung, Bengkel Fotografi dan Videografi TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) membuka peluang kepada murid untuk mendalami asas penghasilan video, fotografi dan teknik penyiaran lebih praktikal serta interaktif.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, ia bukan sahaja memberi pendedahan tentang kemahiran teknikal, malah turut menekankan aspek etika media dan tanggungjawab dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti.

Sepanjang program berlangsung, murid mencuba sendiri teknik rakaman video, pengendalian kamera dan penyampaian laporan seperti kru media profesional.

Iklan

Inisiatif itu membuktikan kamera kini bukan sekadar alat rakaman, tetapi medium pendidikan yang mampu mencungkil bakat, membina keyakinan diri dan melahirkan generasi celik media.

1, 2, 3, klik!

Iklan