Semangat guru muda kekuatan pendidikan negara

Iklan
Bagi Norazman, kejayaan yang diraih bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi ruang inspirasi kepada lebih ramai guru muda di seluruh negara agar berani tampil ke hadapan, membawa perubahan dalam dunia pendidikan.

Di sebalik pengiktirafan sebagai Ikon Guru Muda, tersimpan satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Bagi Norazman Ahmat Syafri, kejayaan yang diraih bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi ruang inspirasi kepada lebih ramai guru muda di seluruh negara agar berani tampil ke hadapan, membawa perubahan dalam dunia pendidikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, guru muda hari ini memiliki semangat luar biasa, idea segar dan keberanian mencuba sesuatu yang baharu demi memastikan sekolah terus berkembang seiring perubahan zaman.

Malah, beliau percaya golongan itu perlu diberi lebih banyak kepercayaan sebagai nadi dalam ekosistem sekolah.

Iklan

"Saya mahu ikon ini menjadi pembakar semangat kepada guru yang lain. Ramai guru muda sebenarnya sedang bekerja keras dan penuh semangat, cuma mereka perlu ruang untuk menyerlah.

"Dalam apa juga keadaan, guru muda perlu berada di barisan hadapan," katanya.

Iklan

Norazman mengakui berasa sayu menerima pengiktirafan itu yang disifatkan sebagai satu amanah besar dan contoh kepada pendidik lain.

Mengulas cabaran pendidikan masa kini, Norazman berkata, murid generasi hari ini lebih pantas berfi kir dan matang berbanding usia mereka kerana terdedah kepada dunia digital sejak kecil.

"Pendekatan pembelajaran maya dan inovasi pendidikan digital perlu terus diperkasakan.

"Sebagai guru edfluencer@KPM, mencipta pelbagai inovasi pendidikan digital perlu supaya pembelajaran masa hadapan lebih relevan, kreatif dan dekat dengan jiwa murid," ujarnya.