Zakat digital dan generasi muda: Cabaran dalam era digitalisasi

Iklan
Zakat digital mampu meningkatkan kutipan dan membantu lebih ramai asnaf. Hal ini selari dengan tuntutan Islam yang menekankan nilai amanah dan keadilan dalam setiap urusan. Gambar kecil: Mohammad Amirul Hakim (atas) dan Dr Jaharudin (bawah)

Pada era perkembangan teknologi hari ini, kita didedahkan dengan pembayaran zakat secara digital. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda Islam kini semakin menggunakan platform digital untuk membayar zakat. Walaupun penggunaan internet yang tinggi boleh membantu perkembangan sistem zakat digital, timbul persoalan sama ada zakat digital akan memberikan masalah kepada masyarakat. Oleh itu, di sini kita akan membincangkan tentang cabaran membayar zakat melalui platform digital kepada masyarakat.

Sebenarnya, tidak semua masyarakat yakin terhadap sistem zakat digital. Faktor kepercayaan ini masih menjadi penentu sebelum menggunakan platform digital. Keadaan ini berlaku kerana jika terdapat masalah pada sistem pembayaran zakat dalam talian, masyarakat akan ragu-ragu untuk menggunakannya. Sebahagian pengguna juga takut sekiranya berlaku penipuan atau salah guna wang zakat untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya, pengguna risau duit tidak sampai kepada asnaf dan takut berlaku scam melalui laman web palsu.

Iklan
Iklan

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 27 yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan Rasul, serta janganlah kamu mengkhianati amanah yang diberikan kepada kamu." 

Selain itu, kemudahan digital sangat mempengaruhi penggunaan zakat digital. Ini kerana kelajuan internet dan kestabilan rangkaian amat penting untuk transaksi zakat. Kawasan luar bandar mungkin menghadapi masalah capaian internet kerana kekurangan kemudahan. Contohnya, talian internet menjadi perlahan semasa membuat bayaran dalam talian atau sistem tergendala ketika ramai pengguna menggunakan platform tersebut.

Iklan

Di samping itu, pengguna yang mempunyai pemahaman yang baik mengenai zakat tidak semestinya terdorong untuk menggunakan zakat digital. Hal ini kerana sesetengah individu lebih suka membayar zakat secara bersemuka. Mereka lebih selesa membayar terus kepada asnaf kerana memberikan kepuasan dan hubungan sosial. Contohnya, memberi zakat terus kepada jiran miskin atau membayar di masjid dan pusat zakat secara fizikal.

Pengaruh sosial juga memberi kesan kepada penggunaan zakat digital. Contohnya, cadangan daripada rakan, keluarga dan media sosial sering mendorong seseorang mencuba platform digital. Namun, terdapat golongan muda yang semakin kurang percaya kepada influencer. Contohnya, influencer mempromosikan aplikasi zakat dan rakan pula mencadangkan aplikasi tertentu.

Iklan

Semua masalah ini datang daripada beberapa punca iaitu:

1) Kurang keyakinan terhadap sistem digital

  • Masyarakat didedahkan dengan pelbagai gejala yang melibatkan digital atau teknologi seperti penipuan dan penggodam. Hal ini menyebabkan mereka takut terlibat dan menjadi mangsa gejala tersebut.

2) Tahap kemahiran digital masyarakat yang masih rendah

  • Masyarakat yang lahir semasa dunia canggih ini memang banyak belajar tentang teknologi, tetapi masyarakat yang lahir sebelum zaman teknologi canggih akan mengalami banyak ketinggalan dalam kemahiran menggunakan teknologi.

3) Kemudahan internet yang tidak sama rata

  • Ada kawasan yang kurang kemudahan dan ada kawasan yang mempunyai banyak kemudahan. Contohnya, kawasan yang berdekatan bandar akan selalu menjadi perhatian untuk pembangunan dan pembinaan, manakala kawasan yang jauh dari bandar akan menjadi kawasan yang kurang perhatian untuk pembangunan dan pembinaan.

4) Sikap selesa dengan cara tradisional

  • Orang yang sudah lama membayar secara tunai dan bersemuka akan terbiasa dan lebih percaya dengan cara itu. Berbanding orang yang baru mula terlibat dengan pembayaran zakat dalam dunia yang canggih ini, mereka lebih mengutamakan pembayaran zakat secara digital kerana lebih mudah.

5) Kurang pendedahan tentang manfaat zakat digital

  • Tidak semua masyarakat cakna atau suka mengambil tahu tentang ilmu pengetahuan seperti manfaat zakat digital kerana ilmu boleh dicari di semua tempat dan di mana-mana. Cuma terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu mengambil tahu ataupun tidak.

Namun, daripada masalah dan punca tadi, terdapat beberapa solusi terbaik untuk menjadikan zakat digital ini sebagai trend pada masa akan datang.

Antaranya ialah:

1) Institusi zakat perlu amanah dan telus

  • Institusi zakat perlu menjaga kepercayaan masyarakat dan memastikan pengurusan zakat yang kredibel dan telus. Contohnya, institusi zakat perlu menjaga prestasi mereka selama beberapa tahun dan tidak timbul apa-apa isu mengenai kutipan zakat secara digital dan pengagihannya.

2) Sistem juga perlu mudah digunakan

  • Sistem zakat digital perlu mesra pengguna dan efisien bagi memudahkan masyarakat melaksanakan kewajipan zakat. Contohnya, sistem zakat digital perlu memberi panduan dan tunjuk ajar semasa menggunakan aplikasi tersebut dan cara penggunaannya juga tidak boleh rumit.

3) Pendidikan zakat dan kemahiran digital perlu dipertingkat

  • Kebolehan digital merupakan faktor penting yang perlu dipertingkatkan bagi memastikan penggunaan zakat digital dapat dilaksanakan secara optimum. Contohnya, institusi zakat boleh mengadakan program, kempen, ceramah serta forum mengenai penggunaan zakat digital.

4) Teknologi mesti digunakan demi maslahah ummah

  • Inovasi teknologi perlu diselaraskan dengan amalan agama dan kebajikan masyarakat bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh ummah. Contohnya, institusi zakat perlu mengembangkan penggunaan teknologi dalam pembayaran zakat yang selari dengan agama Islam dan menjaga kebajikan masyarakat.

5) Prinsip amanah, ihsan dan keadilan perlu diterapkan dalam pengurusan zakat

  • Prinsip amanah perlu diterapkan dalam pengurusan zakat kerana kepercayaan terhadap platform digital merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan zakat digital. Contohnya, institusi zakat perlu lebih serius dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga wang zakat dan agihan zakat.
  • Rasulullah SAW bersabda:"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." - (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya, zakat digital ini boleh membawa banyak kemudahan kepada masyarakat moden. Namun, beberapa cabaran perlu ditangani bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat.

Jika diurus dengan baik, zakat digital mampu meningkatkan kutipan dan membantu lebih ramai asnaf. Hal ini selari dengan tuntutan Islam yang menekankan nilai amanah dan keadilan dalam setiap urusan.

Maklumat penulis:

1) Mahasiswa Tahun Dua, Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohammad Amirul Hakim Abdullah

2) Penyelaras Kursus Pengenalan kepada Ekonomi Islam, UMT, Dr Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my