Bahasa Melayu di pentas antarabangsa!

Iklan

Dalam era teknologi dan komunikasi digital yang berkembang pesat, keupayaan menyampaikan idea dengan berkesan menjadi satu kemahiran sangat bernilai.

Pidato bukan sekadar berucap di hadapan khalayak tetapi seni menyampaikan hujah, pandangan dan mesej secara tersusun, yakin serta berpengaruh.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2026 barubaru ini, terus menjadi pentas berprestij mengangkat martabat bahasa Melayu ke persada dunia.

Ia bukan sahaja menghimpunkan peserta dari pelbagai negara, malah membuktikan bahasa Melayu kekal relevan sebagai bahasa ilmu yang mampu menyatukan masyarakat antarabangsa.

Iklan

Ikuti perkongsian Sinar Bestari dan selami dunia pidato yang menjadi medan terbaik mencungkil bakat terpendam anak-anak sebagai pemidato muda berani, berwawasan dan berpengaruh.

Jom!

Iklan