Pandangan ekonomi Islam tentang unsur judi dan gharar yang tersembunyi dalam urusniaga

Iklan
Gambar hiasan

Perkataan judi dan gharar tidak janggal lagi dengan kehidupan harian kita yang semakin modern. Secara umumnya, judi ini salah satu betuk permainan yang melibatkan wang dan lainlain perkara sebagai pertaruhan. Dalam istilah arab, judi ini dikenali sebagai al-maisir atau alqimar yang bermaksud pertaruhan golongan arab menggunakan anak panah. Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan anak batu atau dengan menggunakan dadu sebagai bentuk pertaruhan.

Tetapi dengan zaman yang semakin moden, pelbagai bentuk judi yang telah wujud dan lebih bahaya lagi kita tidak sedar yang sebarang urusniaga yang kita lakukan mempunyai unsur judi yang tersembunyi. Bagi gharar pula, ia merupakan segala bentuk ketidakpastian atau spekulasi yang boleh merugikan salah satu pihak dalam urusniaga. Dua perkara ini sering berkait rapat dalam setiap urusniaga. Berikut adalah urusniaga yang mempunyai unsur-unsur ini.

Iklan
Iklan

Pertama sekali, dalam konsep jual beli, pembelian barang yang mempunyai cabutan bertuah juga boleh diklasifikasikan sebagai judi. Hal ini boleh dikira sebagai judi apabila barang yang dibeli dinaikkan harga bagi menampung kos cabutan bertuah atau yuran. Untuk memahamkan lagi tentang konsep ini, kita bayangkan harga seunit barang seperti wangian yang harganya hanya RM10. Tetapi apabila perniaga tersebut menawarkan cabutan bertuah, harga barang tersebut melonjak hingga RM50. Lebihan RM40 tersebut digunakan bagi menampung kos pembelian hadiah cabutan bertuah.

Atau cabutan bertuah yang mempunyai yuran jika seseorang ingin menyertainya. Unsur seperti ini tidak dinafikan lagi mempunyai bentuk pertaruhan kerana pembeli menggunakan wang dengan berharap mendapat hadiah cabutan bertuah tersebut. Jadi urusniaga sebegini sepatunya dielakkan kerana ia jelas haram. Imam alBujairimi berkata dalam mentakrifkan judi:

Iklan

Maksudnya: “al-Maisir ialah sesuatu perbuatan yang bergantung kepada kemungkinan antara mendapat keuntungan atau menanggung kerugian.”

Berdasarkan takrifan tersebut, jika peserta atau pembeli yang menyertai cabutan bertuah itu mempunyai peluang meperoleh hadiah yang lebih lumayan daripada bayarannya atau berkemungkinan rugi jika tidak mendapat sebarang hadiah maka ia jelas merupakan satu bentuk judi. Mungkin ramai diantara kita secara tidak sengaja telah terjebak dalam perkara seperti ini tanpa disedari.

Iklan

Tambahan pula, Dr Zaharrudin Abd Rahman menyatakan jika motivasi utama untuk membeli barang tersebut hanyalah untuk hadiah dan bukan produk yang dibeli maka ia telah jatuh hukum haram. Pembeli tersebut membeli barang yang mempuyai cabutan bertuah ini tanpa memerlukan barang tersebut dan wang yang dibayar itu dianggap sebagai modal pertaruhan. Jika tidak menang cabutan bertuah tersebut pembeli menanggung Gharm (kerugian) yang merupakan unsur utama Maisir (judi).

Dari penyataan ini juga boleh disimpulkan bahawa ia bergantung juga kepada niat si pembeli sama ada ingin barang tersebut dan bukannya hadiah cabutan bertuah dari pembelian tersebut atau jelas niatnya untuk bertaruh dengan membeli barang tersebut. Hal ini perlu dititikberatkan kerana pembelian barang secara cabutan bertuah ini sangat berleluasa dalam media sosial yang melibatkan artis dan pempengaruh. Mereka juga menawarkan hadiah yang lumayan sehingga menarik minat penonton untuk membeli produk yang mereka tidak perlukan demi menyertai cabutan bertuah. Sebagai pembeli yang bijak, kita hendaklah meneliti dahulu sebelum membeli barang yang

mempunyai cabutan bertuah ini. Tetapi, jika cabutan bertuah tersebut tiada kos ataupun yuran yang perlu ditangggung oleh pembeli dan tidak mempunyai sebarang unsur pertaruhan, hukumnya adalah harus dan dibolehkan. Contohnya, sesebuah syarikat ingin berkongsi sedikit keuntungan kepada pembeli atau sesebuah strategi pasaran bagi syarikat dengan mengadakan cabutan bertuah bagi setiap pembelian produk mereka tanpa menaikkan harga barangan tersebut untuk tujuan yuran cabutan bertuah.

Tambahan pula, unsur gharar juga boleh terserap dalam cabutan bertuah dengan peserta yang membayar untuk cabutan bertuah ini tidak tahu apa yang mereka perolehi daripada cabutan yang dibayar. Perkara ini jelas menepati ciri-ciri gharar kerana timbulnya ketidakpastian. Oleh itu, kita sebagai orang islam hendaklah menjauhi perkara-perkara sebegini supaya tidak terjerumus dalam perbuatan haram.

Seterusnya, unsur judi yang tersembunyi dalam kita tidak sedar ialah pembelian item dalam permainan video. Ramai anak muda yang terlibat dalam permainan video seperti Mobile legends, Free Fire dan banyak lagi tidak sedar bahawa mereka terjerumus dalam perkara haram ini. Sebab permainan video ini mempunyai unsur judi adalah ketika pemain menggunakan duit untuk membeli sesuatu benda yang sah belum mereka ketahui apa yang mereka dapat dengan cara “spin” dan banyak lagi.

Perkara ini boleh dikatakan judi kerana pemain mempertaruhkan wang sebenar untuk mendapatkan item rawak yang ditentukan oleh nasib. Mana-mana pemain juga berisiko untuk rugi dalam permainan ini jika amaun yang dibayar tidak sepadan dengan item yang mereka dapat. Fakta ini memperkuatkan bahawa permainan ini mempunyai unsur judi yang jelas dan nyata. Jika kita mengimbas semula bagaimana perkara tersebut boleh dikasifikasikan sebagai judi menurut pandangan-pandangan ulama iaitu judi ini disertai oleh dua orang atau lebih, setiap pihak menaruhkan harta atau manfaat dan mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah.

Setiap perkara yang disenaraikan tersebut jelas wujud dalam transaksi permainan video yang telah diterangkan. Selain daripada judi, permaian ini juga menimbulkan isu gharar. Hal ini kerana 'developer' atau sistem tidak menjaminkan apa yang pemain dapat dengan amaun yang mereka membelanjakan. Hal ini jelas kerana ia mempunyai ketidakjelasan manfaat item yang dibeli iaitu pemain tidak mengetahui manfaat sebenar terhadap item maya yang dibeli. Tambahan pula, berlaku kekaburan dalam akad jual beli akibat mata wang digital dalam permainan video.

Mata wang digital yang ada dalam permainan video seperti 'diamonds', 'UC' dan banyak lagi tidak mempunyai nilai intrinstik (nilai sebenar). Perkara seperti ini jelas telah mewujudkan kekaburan atau ketidakpastian dalam akad kontrak jual beli antara pemain dan 'developer'. Tetapi, jika pemain ingin juga berbelanja dalam permainan video yang dimain, pastikan item yang dibeli jelas dan tidak melibatkan sebarang unsur judi seperti pembelian tanpa melalui proses tikaman.

Kesimpulannya, arus pemodenan dan kecanggihan teknologi hari ini telah mewujudkan pelbagai bentuk transaksi baharu yang berpotensi mengaburkan pandangan kita terhadap hukum syarak. Seperti yang telah dibincangkan, unsur judi dan gharar kini lebih halus dan tersembunyi, sehinggakan perkara yang disangka sekadar hiburan maya atau strategi pemasaran biasa rupa-rupanya boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah yang diharamkan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk sentiasa cakna, melengkapkan diri dengan ilmu muamalat, dan meneliti sedalam-dalamnya setiap urus niaga

yang ingin dilakukan. Kita mestilah berwaspada agar setiap sen wang yang dibelanjakan bebas daripada sebarang bentuk pertaruhan, manipulasi, dan ketidakpastian yang merugikan manamana pihak. Semoga dengan tahap kesedaran yang tinggi, kita dapat memastikan sumber perbelanjaan dan rezeki kita sentiasa bersih, terhindar daripada syubhah, serta mendapat keberkatan di sisi ALLAH SWT.

Maklumat penulis:

1. Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Hazim Che Hashim

2. Pensyarah, Dr Jaharudin Padli